Saturday 5 December 2015

10 Kelebihan Ibu Menyusu | Breastfeeding

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, untuk Adam Fitri ni, wife berjaya bertahan menyusukan Adam Fitri sehingga sekarang dan bermaksud sudah lebih 6 bulan la.. Berbeza dengan Zara Faleesya dulu, rasanya hanya sempat 2 ke 3 bulan sahaja.. Salah satu punca kenapa tidak meneruskan untuk breastfeeding masa Zara dulu sebab jumlah susu drop mendadak selepas wife demam dan mengambil ubat selama 4, 5 hari sebab demam.. Masa tu doktor tak bagi susukan anak.. 


Tapi untuk Adam Fitri, alhamdulillah, berjaya diteruskan sehingga 6 bulan.. Kalau wife demam pun, dia akan make sure ubat yang dia dapat tu dalam masa yang sama boleh menyusukan Adam.. Betapa gigihnya wife untuk memberikan susu terbaik untuk anak-anak.. Dan untuk entri hari ini, Eraz nak kongsikan 10 kelebihan yang akan dinikmati oleh ibu yang menyusukan anak! Untungkan.. So baca ni.. 

1. Senang Ibu Nak Berehat selepas balik dari kerja, menyusukan anak dulu sambil rehat atas sofa depan tv.. Betul tak? Kalau boleh, solat la Asar dulu.. So masa rehat tu panjang sikit sebelum memasak untuk makan malam kan.. 

2. Bonding Time! Yes.. Kalau siapa-siapa perasan, masa menyusu tu la anak main itu dan ini.. Pegang baju, rantai.. Semua2 la.. Dan setuju atau tidak, anak yang menyusu ni lebih manja berbanding anak yang meminum susu formula..

3. Menyusu Di Mana-Mana.. Haha.. Senang.. Tak perlu nak sediakan air suam, air kosong, susu dan lain-lain.. Anytime boleh bagi susu kan.. 

4. Tak Perlu Bawa Banyak Beg untuk isi susu, termos, air kosong dan lain-lain

5. Boleh Kurus! Ini satu lagi.. Mesti ramai suka kurus kan.. 

6. Antibodi Anak Kuat.. Baik untuk anak.. Serius..

7. Ubat Stres | Susu ibu boleh jadi ubat stres paling mujarab kepada ibu. Bagaimana? Tentu sahaja ibu menyusu yang bekerja tidak mahu susunya berkurangan setiap kali sesi mengepam. Kalau ibu stres susu akan merudum. Jadi, secara tak langsung ia mengajar ibu untuk lebih positif, bersabar, gembira demi memastikan penghasilan susu tiada masalah.

8. Jimat Duit sebab tak payah beli susu formula..

9.  Risiko Rendah Dapat Kanser | Kajian mendapati tempoh tanpa haid sewaktu mengandung dan menyusu anak mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu kurang berisiko mendapat penyakit kanser payudara dan ovari. Penyakit yang paling ditakuti oleh para wanita.

10. Mengikut Syariat Allah SWT | Kisah susu ibu ada disebut dalam al-Quran. Ada banyak ayat-ayat al-Quran yang menceritakan tentang susu ibu, antaranya Allah berfirman yang bermaksud "Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu" (Surah Al-Baqarah, ayat 233) Jadi, bertuah dan bersyukurlah ibu-ibu yang dapat menyusukan anak dengan susu ibu. Sesungguhnya anda telah berjaya mengikut syariat dari-Nya dengan keizinan-Nya juga.

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.