Thursday 10 December 2015

Bila Ibu Bapa Cuti Hujung Minggu Tak Sama

Assalamualaikum w.b.t.. Bila ibu dan bapa dapat cuti hujung minggu tak sama, memang la sangat susah untuk keluar bersama untuk luang masa dengan anak-anak pergi jalan-jalan ke shopping mall, playground dan lain-lain.. Tapi sebab tak nak anak tu rasa macam tak de life macam anak-anak yang lain, terpaksa la keluar ke tempat-tempat tertentu selepas waktu kerja walaupun badan rasa sangat penat.. Demi kegembiraan mereka dan masa bersama kami juga.. Nampak anak gembira sampai tak nak balik, hati mana yang tak lega dan happy kan.. Semua penat tu hilang..
Zara selalu saje alert pada iklan KFC.. Kalau tengok je iklan tu, mesti dia beritahu 'nak'.. Untuk tidak menghampakan hasrat anak berumur 2 tahun lebih tu, si ibu dan bapa ni bawalah Zara dan Adam ke KFC Kubang Kerian pada suatu petang lepas balik dari kerja.. Dalam masa yang sama, di situ ada satu bahagian playground untuk kanak-kanak.. So kasi makan dulu kenyang-kenyang lepas tu bagi Zara main sepuas hati.. Kami bergilir-gilir monitor dan jaga Adam..


Tapi biasa la budak-budak kecil ni, kalau main sorang-sorang, ok la lagi.. Tapi bila ada budak-budak yang lain, macam-macam perangai la ada.. Ada yang jenis tak boleh berkawan, ada yang jenis suka berkawan dan nak main sama-sama.. Ada juga yang suka tolak-tolak sampai jatuh atau berebut nak main dulu.. Macam-macam.. Tapi itu la dunia kanak-kanak kan.. Ibu bapa kena la mainkan peranan masa tu.. Dan kalau boleh, jangan tak monitor anak-anak semasa bermain.. 

1 comment:

  1. pengorbanan mak ayah memang tak leh balas. tahniah bro ^_^

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.