Sunday 18 October 2015

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama | Assalamualaikum w.b.t.. Berakhirnya Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama yang cemerlang.. Biasa la artis-artis senior kan.. Pengalaman tu memang banyak.. Pencabar musim kedua ni rasanya lagi sengit kot dari musim pertama.. Walaubagaimana pun, tersingkir tetap tersingkir nanti.. Disebabkan penilaian adalah dari juri profesional, so kalau tersilap sikit je, terus habis.. Dah terbukti masa musim pertama dulu.. So artis mana yang best malam ni pada telinga dan mata korang?

Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama


Kali ni Gegar Vaganza ada Nassier Wahab, Azian Mazwan Sapuan, Farahdhiya, Amir Ukays, Ezylnn, Siti Nordiana, Acong (Sweet Child), Sheeda, Nizam (Laksamana), Haiza, Zul (Handy Black) dan  Ezad Lazim.. Dalam best di telinga dan mata Eraz ialah Farahdhiya.. Memang pernah dengar dia nyanyi live masa dia tercalon untuk Artis Baru Terbaik AIM dulu, tapi masa tu tak la macam ni kan.. Tapi kali ni memang mantap la.. Tiga-tiga pun beri komen sangat positif.. 

Dan seperti yang dijangka, tiada penyingkiran di Konsert Gegar Vaganza Minggu Pertama walaupun Acong (Sweet Child) nyaris-nyaris diumumkan akan tersingkir.. Tak kan la kot minggu pertama pun dah nak tersingkir kan.. Lain la AF ke apa kan.. Hehe.. Kalau tahun lepas, memang awal-awal beritahu tiada tersingkir.. Minggu ni buat suspen sikit..

Ok, sempat juga Eraz nak senaraikan lagu tugasan mereka di Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua minggu depan.. Kalau tengokkan senarai, memang lagu-lagu zaman 90-an kot.. Yang biasa didengar dan mesra di telinga.. Kalau nak karok, memang ingat di mulut la kot.. So ini senarainya :

Nassier Wahab - Kau Pergi Jua
Azian Mazwan Sapuan - Aku Hanya Pendatang
Farahdhiya - Di Alam Fana Cinta
Amir Ukays - Antara Hujan Dan Air Mata
Ezylnn - Camar Yang Pulang
Siti Nordiana - Madah Berhelah
Acong (Sweet Child) - Dalam Gerimis
Sheeda - Semakin Hari Semakin Sayang
Nizam (Laksamana) - Tika Dan Saat Ini
Haiza - Kelmarin
Zul (Handy Black) - Sendiri
Ezad Lazim - Butakah Cinta

#Good Luck untuk Konsert Gegar Vaganza Minggu Kedua

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.