Sunday 4 November 2012

Tahniah Kawan Baikku, Cikgu Hasmizal Mokhta

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru (eGTukar) Bagi Sesi Januari 2013


Haaa.. Ramai cikgu-cikgu menunggu dengan penuh debar dengan keputusan pertukaran sekolah.. Keputusan telah diumumkan malam ni.. Rasanya pukul 8.30 malam tadi.. Dan, salah seorang kawan baik E'raz berjaya tukar sekolah.. Tumpang gembira untuk dia sebab beberapa mencuba.. Kami merupakan kawan satu sekolah menengah dari Form 1 to Form 3.. Form 4, Form 5, kami lain-lain sekolah.. Pastu masa matrikulasi, kami dapat satu kolej lak di Kolej Matrikulasi Melaka.. Then masa sambung degree, E'raz ke USM, dia ke UM.. Tapi alhamdulillah, kami masih saling contact.. 

So! Cuti sekolah bulan 12 ni, kita jumpa dan sah-sah la Mija yang kena belanja kan.. Haha.. Apa-apa pun, tahniahhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Betapa susahnya nak mendapat berita gembira ni.. Pasni mungkin berita gembira yang satu lagi kan.. Jeng jeng jeng..

5 comments:

  1. wahhhhh bestnya.... tahniah ya...

    ReplyDelete
  2. Bedtnya de spesel sistem utk ckgu bertukar...hmmm

    ReplyDelete
  3. waa, tahniah...
    bertukar untuk perubahan dan kemajuan diri..=)

    ReplyDelete
  4. congrat utk dia (: tumpang gembira sekali.

    ReplyDelete
  5. as salam

    congrats untuk dia..tp kalau yg berkahwin susah sket kan..kalau sorang je dapat..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.