Saturday 17 November 2012

Penyakit Tibi : Sanggupkah Anda Tinggal Sebilik?

Info Tentang Penyakit Tibi

Assalamualaikum.. Sebelum korang meneruskan membaca info tentang Penyakit Tibi di bawah, E'raz ada salah pertanyaan dan nak minta pendapat korang yang membaca entri ini.. "Sanggupkah korang tinggal sebilik dengan bekas penyakit tibi yang baru sahaja keluar daripada hospital? Betul atau tidak, kuman tibi ini akan hidup lama dalam badan walaupun dah keluar hospital?"

Jom share pendapat masing-masing.. E'raz akan kumpulkan pendapat korang seperti yang E'raz buat untuk entri Apa? Ada Duit Dalam Longkang!.. So sekarang, jom baca serba sedikit info tentang Penyakit Tibi.. Mungkin anda akan perlukan serba sedikit tentang info ini.. 


Apakah Penyakit Tibi?

Tibi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang boleh membawa maut jika tidak dirawat. Ia disebabkan oleh kuman mycobacterium bacillus yang diternui oleh Dr. Robert Koch pada 24 Mac 1882 di Jerman, berwama merah, halus dan hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop..

Dianggarkan 90 peratus daripada kuman tibi biasanya menyerang paru-paru atau dikenali sebagai tibi pulmonari.. Walau bagaimanapun, melalui peredaran darah, ia juga boleh merosakkan bahagian lain tubuh badan manusia seperti buah pinggang, kulit, mata, kelenjar leher, tulang,otak dan lain-lain..

Bagaimanakah tibi merebak?

Apabila pesakit tibi pulmonari aktif batuk, bersin atau bercakap, mereka akan mengeluarkan beribu-ribu kuman tibi daripada paru-paru atau kerongkong yang bertebaran di udara dalam bentuk titisan halus.. Sesiapa yang menyedut udara yang mengandungi kuman tibi yang terapung-apung itu seterusnya akan menghadapi risiko dijangkiti. Mereka yang berhubung rapat seperti ahli keluarga dan rakan sekerja pesakit tibi lazimnya paling berisiko untuk menghidapinya..

Apakah gejala-gejala tibi?

- Batuk berkahak melebihi dua minggu atau lebih
- Kahak berdarah
- Demam berpeluh pada waktu petang atau malam
- Mengalami sakit dada khususnya apabila batuk atau menghela nafas panjang
- Hilang selera makan
- Berat badan menyusut
- Mudah letih dan lemah badan

Langkah pencegahan tibi

- Bayi-bayi yang baru lahir mestilah diberikan suntikan imunisasi BCG
- Dapatkan suntikan dos kedua sekiranya tiada bekas parut dan pada umur 12 tahun
-  BCG diberikan percuma di semua hospital serta klinik kesihatan kerajaan untuk mereka yang berumur 20 tahun ke bawah
- Sekiranya batuk berterusan lebih daripada dua minggu, segeralah berjumpa doktor untuk menguji kahak anda
- Ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pesakit tibi dalam tempoh yang lama hendaklah tampil menjalani pemeriksaan

Golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan

- Penduduk miskin yang tinggal di desa mahupun di bandar-bandar
- Pembawa HIV
- Mereka yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, buah pinggang
- Pesakit yang mengambil ubat steroid dalam jangka waktu yang lama
- Warga tua

Baqaimanakah caranya mendiagnos tibi?

- Jika mengalami batuk berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah mikroskop bagi mengesan kehadiran kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan berhampiran secara percuma.
- Pemeriksaan sinaran X dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru anda

SUMBER Info

3 comments:

  1. salam mungkin takut jugak nak hadapi semua ini tapi klau seseorang yang menghidap tu kawan kita sendiri mungkin susah nak jauhkan diri dari dia ,mungkin kita nasihatkan dia supaya berubat lagi dan yang paling penting kita jangan biarkan dia rasa lemah kita kuatkan semangat dia supaya bertahan untuk hidup kat dunia ni .ok lah itu saja yang nana boleh katakan

    ReplyDelete
  2. bahaya sb tibi penyakit bawaan udara...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.