Tuesday 14 August 2012

Tahniah! Irma Hasmie Hamil..

Tahniah! Irma Hasmie Mengandung..

Tahniah pada Irma Hasmie dan Redza Shah.. Rezeki pemberian tuhan yang tidak ternilai.. Dalam pada korang baca artikel ni, jom kita doakan semoga memurahkan rezeki juga pada pasangan-pasangan lain yang sedang berusaha mendapatkan anak.. Amin.. 


"Insya Allah, memang betul saya sudah mengandung. Sekarang ini pun saya agak tidak sihat dan banyak muntah-muntah.. Usia kandungan saya 4 minggu dan sudah mahu masuk ke 5 minggu.. Saya selalu muntah-muntah dan tidak boleh menerima makanan.. Namun, doktor memberitahu bahawa ini simptom biasa. Saya berharap badan saya cukup kuat menghadapinya.. Setakat ini itu saja alahan yang saya hadapi.. Saya tidak mengindam apa-apa pun hanya suami saya saja yang mengidam lebih.. Dia pula yang tiba-tiba jadi kuat makan.." kata Irma Hasmie

"Syukur Alhamdulillah. Sekarang ini kandungan isteri saya masih dalam peringkat awal lagi. Saya harap semuanya mendoakan yang terbaik. Saya harap Irma kuat dan tabah.. Disebabkan kesihatan Irma tidak berapa mengizinkan, saya lebih kerap menemaninya ke majlis-majlis tertentu. Saya bukanlah bertindak sebagai pengurus Irma tetapi hanya ingin memantau keadaannya. Itu tanggungjawab saya sebagai suami. Lagipun saya bekerja sendiri dan ianya langsung tidak menganggu waktu kerja saya," kata  Redza Shah..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
(Entri 1) Segalanya Tentang UMobile dan Hari Raya 
(Entri 2) Coca Cola Bekerjasama Dengan Pertubuhan Amal di Bulan Ramadhan
(Entri 3) Ayu Raudhah Sahkan Kini Bertudung 

5 comments:

  1. NMPAK BERISI PULAK IRMA..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. rezeki Ramadhan.. Dah pregnant kak Irma.. :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,murah rezeki pasangan ni.moga bertambah bahagia,kekal hingga ke syurga.dah nak sambut lebaran ni,dpt pulak berita yg 'happy',memang beruntung....... =)

    ReplyDelete
  4. syukur Alhamdulillah dan tahniah

    ReplyDelete
  5. syukur Alhamdulillah dan tahniah

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.