Showing posts with label Izzue Islam. Show all posts
Showing posts with label Izzue Islam. Show all posts

Saturday, 6 December 2014

Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3
Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni turn drama Sedalam Mana Cinta akan disiarkan dalam slot Cerekarama TV3.. Kali ni lakonan Izzue Islam, Uqasha Senrose, Faralyna Idris dan Jasmin Hamid.. Baca tajuk drama ni, teringat lagu popular Safura dulu.. Rasanya OST drama ni guna lagu tu.. Apa-apa pun, boleh layan ni.. Kalau tak, rekod awal-awal.. Ada sikit sinopsis drama Sedalam Mana Cinta untuk korang baca..

Zaliya mengalami pening-pening dan muntah menyangkakan hamil tapi rupanya Zaliya mengidap sakit. Suaminya Ashraf berusaha mendapatkan wang untuk menampung kos rawatan yang mahal. Apakah yang dilakukannya? - Sinopsis Sedalam Mana Cinta, Cerekarama TV3

Read more ...

Sunday, 6 April 2014

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6

Aku Isterinya Episode 3 | 4 | 5 | 6 - Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai yang dah tahu yang slot Akasia di TV3 sudah mula menayangkan drama baru lakonan Izzue Islam dan Anzalna Nasir.. Drama berkenaan bertajuk Aku Isterinya.. Adaptasi daripada novel Aku Bukan Mistress.. Eraz berjaya tengok Aku Isterinya Episode 1 dan 2 minggu lepas.. Boleh tahan tapi kurang faham lagi sebab banyak sangat flashback..

Jadi entri ini untuk semua peminat drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6.. Eraz ada dapatkan sedikit sinopsis.. Jom baca :

Aku Isterinya Episode 3 - Sikap Mikail sungguh berbeza sekali dengan kehadiran Datin Adiba dimana wajahnya yang selama ini sentiasa serius sudah bertukar menjadi ringan mulut untuk bergurau..

Aku Isterinya Episode 4 - Mikail mengelamun memikirkan tentang Mya sehinggakan kata-kata Datin Adiba seperti tidak dipedulikan.. Dia mula merasakan yang Mya sangat penting untuk dirinya..

Aku Isterinya Episode 5 - Mya betul-betul berasa lega selepas Datin Adiba pulang ke rumahnya.. Manakala sikap Mikail berubah menjadi lebih baik daripada dulu..

Aku Isterinya Episode 6 - Seawal pagi Suzanne sudah pun berada di pejabat Mikail untuk berjumpa dengan Mikail sebaik sahaja kakinya melangkah ke pejabat..

Selamat menonton drama Aku Isterinya Episod 3, 4, 5 dan 6

Read more ...

Sunday, 27 October 2013

Bila Izzue Islam Kecek Klate ..


Assalamualaikum w.b.t.. Sedia maklum yang Izzue Islam orang Kelantan kan.. Sebelum ni dia pernah berlakon dalam drama Senyuman di Kuala Lumpur dan bercakap 100% dalam bahasa Kelantan.. Kali ni dalam drama Sahabat di Astro Ria pulak.. Juga 100% kecek bahasa Klate.. 

Izzue memang orang pure Klate la sebab dalam pada dia kecek Klate, memang tak keluar sikit pun bahasa orang KL.. Kadang-kadang bila dengar dia kecek Klate, macam nak tergelak pun ada.. Tapi itu la bahasa kami.. Cintai bahasa Klate.. Haha..

Dalam drama Sahabat ni, paling tertarik bila dia kecek Klate bila nak mula main muzik dengan geng-geng dia tu.. Orang KL cakap, satu, dua, tiga, empat.. Tapi dia, so, duo, tigo, pak!! Hohoho.. Layan video di bawah walaupun sound tak berapa nak dengar..


Read more ...

Tuesday, 16 July 2013

Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin ?

Awin Nurin Hamil

 Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin

Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin | Assalamualaikum w.b.t.. Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin sebenarnya antara dua keyword yang sangkut di blog ERAZFADLI.COM hari ni dan sebelum.. Nampak peminat Izzue Islam masih mencari-cari kisah artis favourite mereka.. Mungkin mereka tak puas hati kena Izzue berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin.. 

Seterusnya hari ini pula muncul keyword 'Awin Nurin Hamil'.. Adakan ianya akan menjadi gosip terbaru nanti? Haha.. Entahlah.. Tapi jika benar ianya berlaku suatu hari nanti, tahniah la kepada mereka.. Rezeki Allah tu..

Apa-apa pun, Awin Nurin Hamil & Kenapa Izzue Islam Suka Awin Nurin hanyalah search keyword yang sangkut di blog ERAZFADLI.COM..

Read more ...

Saturday, 6 July 2013

Penangan Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 | Akhir


Penangan Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 | Akhir - Assalamualaikum w.b.t.. Gambar di atas Eraz print screen untuk seharian semalam.. Nampak begitu ramai peminat drama Sebenarnya Saya Isteri Dia yang ingin mengetahui kisah di Episod 13 atau dengan kata lain Episod Akhir semalam.. Eraz sendiri ter miss tonton Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod Akhir semalam sebab ada hal keluarga, akan tetapi dah rekod siap-siap.. Kul 10 lebih baru tengok semula..

Dalam pada TV3 dan peminat meraikan dan menonton drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13 / Episod Akhir, blog ERAZ FADLI terkena sedikit tempias.. So lepas ni nak follow drama apa pulak? Siapa-siapa ada cadangan?

Read more ...

Saturday, 15 June 2013

Hero & Heroin Baru Terhebat Anugerah Blokbuster 2, Orang Kelantan !

Assalamualaikum w.b.t.. Errmmm.. Sesuatu yang tak kena dalam Anugerah Blokbuster 2 ni.. Mungkin tiada apa yang berjaya menarik perhatian.. Bile camtu, perhatian bukan 100% diberikan.. Tinggal! Tak boleh nak komen detail sebab tak tengok full.. Tapi melalui bacaan di twitter, banyak yang negatif dan positifnya..

Tetapi, secara kebetulannya, pemenang untuk Anugerah Hero dan Heroin Baru Terhebat bagi Anugerah Blokbuster 2 ni adalah orang Kelantan! Hehe.. Kebetulan.. Itu sahaja untuk entri ni.. Tahniah kepada Izzue Islam dan Neelofa..

#Untuk senarai penuh keputusan Anugerah Blokbuster 2, sure dah ramai yang update.. Search google.. ;D

Read more ...

Friday, 7 June 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni layan Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9 sambil makan honeydew.. Fullamak.. Kalau bagi sebiji pun habis sebab isteri potong kecik-kecik then campurkan dengan ais dan susu pekat.. Memang meletop.. Habis serta merta.. Lari topik.. Balik kepada topik asal, drama Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9 malam ni rasanya banyak berkisar kepada situasi tempat praktikal dan di rumah mereka..

Sebagai sinopsis atau jalan cerita drama Sebenarnya Saya Isteri Saya episod 9 malam ni, pengakhirannya episod apabila Firash dan Syaf melawat ingin melawat sites, tetapi tiba-tiba terperangkap disebabkan oleh ada pokok tumbang.. Jadi mereka terpaksa menyewa homestay.. Disebabkan lambat masuk office, Qimy jadi risau dan hampir membuat laporan polis..

#Esok, KL!

Read more ...

Saturday, 1 June 2013

Gambar Kad Perkahwinan Izzue Islam dan Awin Nurin

Gambar Kad Perkahwinan Izzue Islam

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ini Eraz pernah membuat entri tentang isu perkahwinan Izzue Islam dengan pengurusnya, Awin Nurin.. Tapi kali ini just nak share apa yang Eraz jumpa.. Iaitu gambar kad perkahwinan Izzue Islam.. Simple! Tahniah kepada mereka berdua.. Si Izzue ni, muda lagi, tapi dah ada niat nak nikah.. Alhamdulillah... Semoga kekal ke akhir hayat.. 

Read more ...

Friday, 31 May 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8
Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti peminat Izzue Islam dan Tiz Zaqyah menunggu drama Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 malam ni.. Eraz memang dah rekod awal-awal sebab berkemungkinan besar tak dapat nak ikut tengok live sebab ada majlis solat hajat di rumah mertua.. Tapi sebelum rekod, cuba cari apakah sinopsis atau jalan cerita untuk drama Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 ni.. 

Sinopsis Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 8 bersumberkan SINI :

Firash telah mendapat surat tawaran untuk praktikal di Terengganu.. Alangkah terkejutnya Syaf bila mendapati Firash diletak di bawah pengawasannya sepanjang tempoh pratikalnya.. Firash happy, Syaf pula  risau.. Mana taknya,dia akan tinggal serumah dengan Firash. Rania pula, cuba untuk menggoda Firash..

Minggu lepas pun tak dapat tengok sebab berada di Terengganu..

Read more ...

Saturday, 25 May 2013

Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 7

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum ni Eraz ada update Saya Sebenarnya Isteri Dia Episod 6.. Tapi malam ni tak dapat nak tengok sebab berada di UiTM Chendering Terengganu sebab ada Karnival Sukan Wilayah Timur.. Tapi search awal-awal sinopsis just nak tahu hujung pangkal.. Siapa yang belum tengok, boleh baca sinopsis ni dulu..

Haqimy mengajak Syaf ke kebun durian.. Mereka pergi bersama-sama adik Haqimy Imah.. Di kebun, Syaf digigit pacat.. Haqimy cuba membantu,namun kebetulan Firash tiba.. Firash naik marah kerana menyangka Haqimy ingin ambil kesempatan terhadap Syaf.. Dia yang bengang lalu menumbuk Qimy.. Firash dengan segera bawa Syaf berlalu dari situ lalu.Di pertengahan jalan, Firash berhenti dan mengubati Syaf.. Sementara ibu Qimy mula berkenan pada Syaf sebagai menantu.. Pulang dari kampung, Syaf mendapat pertukaran kerja di Terengganu..

SUMBER

#Autopost entri sebabnya masa ni Eraz dah tidur.. Haha..

Read more ...

Friday, 17 May 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 6

Assalamualaikum w.b.t.. Malam ni rupanya dah episod 6 untuk drama Sebenarnya Saya Isteri Dia.. Mesti semua orang dah tahu tentang sinopsis drama ni.. Seriusnya Eraz tak tengok dari awal.. Jadi tak faham sangat.. Tapi episod 4, sempat tengok Full.. Tapi malam ni, tengah cuba tengok full bagi espisod 6..

Drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ni lakonan Izzue Islam dan Tiz.. Menarik juga sebenarnya drama ni.. Tapi malangnya tak sempat nak follow.. Nak rekod tu, kadang-kadang terlupa.. Episod 6 nampaknya mereka berada di kampung.. Datangnya Kimi, lagi buat hubungan mereka seakan tegang.. Last sekali kantoi dengan Tok Wannya.. Tapi elok juga kot sebab maybe boleh merapatkan hubungan mereka.. Cuba layan Episod 7 la pulak minggu depan... Iklan TV3 ni lama giler! Adoi..

#Tiz memang nampak muda jika bertudung.. Bagi yang tak tahu, drama Sebenarnya Saya Isteri Dia salah satu drama bertudung Tiz..

Published with Blogger-droid v2.0.10
Read more ...

Friday, 3 May 2013

Perkahwinan Izzue Islam dengan Pengurusnya, Awin Nurin

Assalamualaikum w.b.t.. Perkahwinan Izzue Islam dengan Pengurusnya, Awin Nurin akan berlangsung pada 02 Jun 2013 ni.. Alhamdulillah, satu lagi masjid akan terbina.. Izzue Islam, 23 tahun, kalau kita tengok umur Izzue, memang muda.. Tapi muda tak membuktikan orang tu tak matang.. Betul tak.. Jadi bersyukur pada Allah jika dipercepatkan jodoh.. Lepas berkahwin, akan dapat banyak lagi pengalaman dan rezeki pun insyaallah akan bertambah murah.. Berkahwinlah kerana Allah..

Sebelum ini Izzue Islam menafikan berita dia bertunang.. Rupa-rupanya berita itu betul..  Perkahwinan Izzue Islam dengan Pengurusnya, Awin Nurin ini dihebohkan selepas semua telah ditetapkan dan hampir pada waktunya.. Izzue tidak mendedahkan pertunangan kerana ada sebab tertentu serta mahu menjaga hati banyak pihak, termasuk keluarga mereka..

"Saya bukan berbohong semasa ditanya pasal bertunang dulu, sebaliknya saya belum sedia mendedahkannya.. Pertunangan ni sesuatu yang belum pasti, manalah tahu tidak sampai ke jenjang pelamin.."

Tahniah sekali atas Perkahwinan Izzue Islam dengan Pengurusnya, Awin Nurin yang akan berlangsung pada 02 Jun 2013 ni..

SUMBER

Read more ...

Sunday, 26 August 2012

Adakah Lelaki atau Jejaka Jambu Itu GAY?

Forteen : Hentikan Menuduh Forteen Kumpulan Lelaki Gay


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera! Tajuk entri terlintas lepas baca artikel berita tentang kumpulan Forteen ni yang meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.. Bagi aku sendiri, lelaki jambu atau berpenampilan kemas dan bergaya ni tak semestinya gay.. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Apa-apa pun, jom baca luahan mereka untuk boleh mewakilkan lelaki-lelaki lain yang senasib.. ;)

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.. Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” - Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam)

“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.. Ibu bapa tahu siapa diri kami. Persepsi liar orang adalah harga yang perlu kami bayar kerana bergelar artis,” - Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz)

“Bagi saya lebih mudah apabila kami tutup telinga sahaja daripada memikirkan dakwaan orang yang tidak tahu cerita sebenar.. Saya banyak menasihatkan rakan-rakan lain agar lebih kuat dan berani hadapi tuduhan ini kerana mereka tertekan ketika cerita ini mula-mula timbul,” - Muhammad Ridzuan Sharifuddin (One)

“Secara peribadi, saya kecewa dengan tuduhan begitu tetapi ia terpaksa ditelan kerana inilah harga yang perlu dibayar.. Lagipun, saya perlu sematkan bahawa tanpa peminat kami tidak akan dikenali seperti hari ini,” Mohammad Arif Ameerais Azhar (Ameer)

Sumber : mStar

Read more ...

Saturday, 4 August 2012

Drama 'Jidin Puasa Lagi' di Cerekarama TV3

Sinopsis Drama 'Jidin Puasa Lagi' di Cerekarama TV3 ; Pelakon - Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Shiera Ayob, Izzue Islam, Harun Salim Bachik


Izzue Islam : Salah Seorang Pelakon

Dengar daripada tajuk drama 'Jidin Puasa Lagi', macam kurang menarik.. Tapi bila layan, lekat jugak depan TV.. MENARIK! Lawak jugak drama ni sebenarnya.. Lakonan Izzue Islam dan  Shiera Ayob pun nampak berbeza.. Sempat tengok sekerat jalan dah ni.. Dari info yang dicarik, drama ni terbitan Radius One Sdn. Bhd. Telemovie arahan Azma Rizal Yusof.. Antara pelakon ialah Ahmad Daniel, Fazlina Dato’ Ahmad Daud, Shiera Ayob, Izzue Islam dan Harun Salim Bachik.

Sinopsis Drama 'Jidin Puasa Lagi'

Kedatangan Ramadan sering kali menerbitkan rasa gembira kepada Jidin yang berusia 10 tahun dan ahli keluarganya termasuk ibu, kakak dan abangnya.. Mereka sekeluarga menganggap bulan Ramadan sebagai bulan yang penuh dengan keuntungan dan kemewahan. Bagi Jidin, dia mempunyai tiga sebab mengapa dia menantikan Ramadan.

Pertama, Jidin akan mendapat upah RM 5 setiap kali dia dapat menghabiskan puasanya.. Kedua, dia dapat menikmati juadah yang disukai untuk berbuka puasa.. Ketiga, dia pastinya akan mendapat baju dan kasut raya. Bahkan, Jidin turut menyediakan pelan ‘B’ jika dia tidak dapat menghabiskan puasa.

Satu hari, Jidin telah ditangkap oleh Pak Ali, tukang sapu sekolahnya kerana mencuri makanan di belakang stor sekolah. Jidin merayu kepada Pak Ali supaya tidak memberitahu ibunya dan sedia menjalani hukuman dimana dia akan datang awal pagi untuk membantu Pak Ali menyapu sampah sebelum kelas bermula. Sejak itu, Jidin dan Pak Ali menjadi rapat. Jidin banyak mempelajari perkara tentang hikmah bulan Ramadan daripada Pak Ali. Jidin mula berubah dan berdakwah secara halus memujuk ahli keluarganya untuk mengejarkan solat tawarih di surau setiap malam. Berjaya atau tidak, kena tunggu sampai pukul 12 malam ni..

Read more ...

Friday, 20 July 2012

IZZUE ISLAM : Ikuti Kisah Jatuh Bangun Izzue Bermula Daripada Penjual Burger

IZZUE ISLAM : Ikuti Kisah Jatuh Bangun Izzue Bermula Daripada Penjual Burger



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Jika korang perasan, sebelum ni ade beberapa entri tentang IZZUE ISLAM ni dalam blog ini.. Antaranya tentang Kisah Drama Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro PrimaIZZUE ISLAM Dalam Persalinan Hatta Dolmat Untuk 5 STARS RAYA SHOW II, Drama Jangan Ambil Padang Kami : Pelakon & Lagu Tema.. Haha.. Salah satu sebab untuk jadikan beliau isu di blog ni kerana kami same-same berasal dari negeri  yang sama.. Kali ini pula ialah kisah jatuh bangun beliau untuk menjadi seperti sekarang.. Berminat untuk baca? Jom.. 

Semua ini adalah petikan daripada HARIAN METRO hari ini.. Izzue bermula hanyalah seorang budak kampung biasa yang menjadi penjual burger. Tetapi untuk kunjungan ke Kuala Lumpur gara-gara mahu menyaksikan satu ‘gig’ akhirnya membawa tuah kepada dia..

Selama tiga hari anak Kelantan ni menetap di Kuala Lumpur, dia dan rakannya kehabisan wang untuk balik ke Kelantan. Justeru, ketika menjamu selera di sebuah restoran di Desa Mentari, Petaling Jaya, dia tergerak hati untuk bertanya kepada pemilik kedai makan itu sama ada memerlukan pekerja untuk berkhidmat di situ.

“Syukur kepada Tuhan, apabila pemilik kedai itu sudi memberikan pekerjaan kepada kami. Malah memandangkan tiada duit untuk menyewa bilik, kami terpaksa pula menumpang tidur di kedai pakaian ‘bundle’ milik seorang kawan. Kalau diingatkan semula, memang susah kehidupan saya ketika mula-mula datang Kuala Lumpur dulu. Bagi menampung kehidupan, saya juga pernah melakukan beberapa kerja sambilan seperti menjadi penghantar susu, pembancuh air di gerai makan dan jurujual di pusat beli-belah. Terus-terang, saya tidak pernah rasa malu melakukan pekerjaan itu kerana apa yang penting mendapat rezeki yang halal..”

“Dalam keseronokan bekerja sambilan, ketika itulah saya terbaca iklan mencari pelakon di akhbar. Masih saya ingat lagi, uji bakat pertama dilalui untuk menjadi pelakon tambahan dalam drama Kampung Jaguh terbitan produksi Double Vision Sdn Bhd. Saya tak pernah menduga pun akan mendapat watak Halim. Dua episod watak Halim itu cukup membantu saya menonjolkan bakat dalam bidang lakonan. Sejak itu, saya aktif dalam industri seni dan menjadi pelakon tambahan selama dua tahun. Namun, berkat usaha dan kesungguhan saya, akhirnya dapat juga peluang melakonkan watak utama dalam drama Cita dan Cinta di TV9.

“Selepas itu, saya sudah mula meraih kepercayaan melakonkan watak utama sehinggalah membintangi filem. Malah, ketika sibuk berlakon itu jugalah saya mendapat lamaran daripada pihak KRU untuk menjadi salah seorang anggota Forteen. Tak dinafikan, saya tak berfikir panjang dan terus menerima tawaran itu. Menerusi Forteen, saya dapati nama semakin kukuh dalam industri seni. Bahkan, Forteen banyak membantu menaikkan nama saya sehinggalah berada di tahap ini sekarang. Jujur saya katakan, memang tak pernah pun ada cita-cita untuk menjadi artis. Kedatangan saya ke Kuala Lumpur dulu, hanyalah untuk menonton persembahan gig itu.

“Ketika di kampung saya ada kumpulan muzik sendiri yang dikenali dengan nama Hellow Yellow. Malah, harapan kami pun bukan untuk menjadi artis tapi sekadar mahu membuat persembahan di hadapan orang ramai walau pun hanya sekali. Apa yang kami inginkan adalah pengalaman,” katanya.

Semakin dikenali ramai, Izzue juga sehingga kini sudah membintangi enam filem iaitu Songlap, Hantu Kapcai, Cikaro, Mat Tudung, Ular dan 29 Februari. Filem yang menggandingkan Izzue dan Remy Ishak itu akan ditayangkan di pada 30 Ogos nanti.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Read more ...

Saturday, 14 July 2012

IZZUE ISLAM Dalam Persalinan Hatta Dolmat Untuk 5 STARS RAYA SHOW II

IZZUE ISLAM Dalam Persalinan Hatta Dolmat Untuk 5 STARS RAYA SHOW II

Apa yang menarik perhatian aku untuk buat entri ni kerana set baju melayu ini.. Kira nak bagi ade mood raya la.. Kita kan sudah hampir nak masuk bulan ramadhan.. So, mesti dah ramai yang nak buat baju raya.. Gambar ni aku sedar sebab salah seorang rakan FB aku yang like picture ni menerusi FB Hatta Dolmat.. Terbayang-bayang sudah ni baju raya.. Haha.. 

Foto : The Kliker

hattadolmat.hdc (izzue islam Muse for hatta dolmat at 5tars :Raya II #runway #thekliker Izzue Islam)

Read more ...

Monday, 7 May 2012

Jangan Ambil Padang Kami : Pelakon & Lagu Tema 'Permaisuriku (Ahdan)'

Pelakon :  Beto Kusyairy, Izreen Azminda, Elfira Loy, Naim Danial, Syazwan Zulkifli, Shiera Ayob dan Izzue Islam.. Lagu Tema 'Jangan Ambil Padang Kami' - Permaisuriku (Ahdan)

Lagu yang sangat best didengar.. Pernah dengar lagu ni di radio tapi tak tahu tajuk dan penyanyi.. Tapi hari ni berjaya google.. Ini hasilnya.. Jom layan.. Eraz tak pernah sempat tengok drama ni.. Tapi malam sempat tengok akhirnya..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Wednesday, 2 May 2012

(VIDEO) Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

(VIDEO) Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Download drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur' lakonan Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam (sebenarnya memang orang kelantan), Afiq Muiz? Setakat ni, belum ada info lagi tentang source untuk download.. Maybe dalam masa terdekat, pihak astro akan ulang tayang kot.. Cuma dalam entri ini, aku publish beberapa sedutan drama ni.. Jom layan untuk masa kurang 1 minit nih..



Entri berkaitan dengan drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur' ni :

-------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 30 April 2012

Lagi Cerita Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Senyuman Di Kuala Lumpur : Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam, Afiq Muiz


aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)

Bermula dengan perkenalan di Facebook di antara Madi (Lakonan Izzue Islam) dan Ira (Lakonan Sara Ali).. Kebetulan Ira membuat status di Facebook dengan pengajian di luar negara.. Status tu menarik Madi untuk berkenalan dengan Ira.. Then Madi kena p KL sebab ade interview biasiswa.. Disebabkan tak de kawan, so Madi ajak Ira teman kan dia sebab dia tak biasa di KL.. 

Lepas interview tu, Ira bawak Madi jalan-jalan sebab sambil tunggu kul 9.30, bas nak balik Kelantan.. Yang tak tahan pada Ira, Madi ajak Ira ke Zoo Negara, Tugu Negara, Muzium Negara, Tasik Perdana, Masjid Negara, Dataran Merdeka.. Ira sendiri sebagai orang KL tak pernah pegi.. 

Itu sebenarnya kisah untuk drama Senyuman Di Kuala Lumpur.. Ade jugak la yang pelik nya dalam drama ni.. Si Madi ni memang betul-betul pelat cakap kelantan la.. Tak terkeluar pun cakap KL.. Haha.. Tapi kan, dia ex-student UTM Skudai, tak kan tak boleh cakap KL dan tak de kawan-kawan kat KL kan... Tapi tak pe, nama pun drama.. 

Lagu-lagu dalam drama Senyuman Di Kuala Lumpur pun best-best jugak.. Bermula dengan Terukir Di Bintang dan seterusnya.. Ending cerita ni, Madi dan Ira belajar sama-sama kat oversea! Baru perasan suara Sara Ali ni macam Nabila Huda..

Tapi memang aku layan r drama ni.. Tak sedar pun masa 2 jam.. Selain daripada jalan citer kat atas, ade beberapa perkara yang boleh di jadikan pengajaran dan teladan.. Ciri keagamaan pun ada dalam drama ni.. Kita ambil apa2 yang positif k untuk lebih maju dalam hidup!

Nak kenal pelakon drama SENYUM DI KUALA LUMPUR ni? Korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima

Senyuman Di Kuala Lumpur di Astro Prima - Lakonan Sara Ali dan Izzue Islam

aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)



Dalam 2, 3 hari lepas, aku tengok iklan drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni di Astro.. Paling yang membuat aku tertarik nak tengok cerita ni bukan sebab pelakon ke ape, tapi sebab watak Madi yang dilakonkan oleh Izzue Islam ni bercakap Kelantan.. So malam ni, aku berpeluang layan.. Boleh tahan jugak starting nya ni.. Aku dapat search yang Izzue Islam ni memang orang Kelantan.. Aku tak sure sangat cerita penuh drama ni sal apa.. Sekarang masih duk layan lagi.. Sara Ali ni dah banyak drama or filem lakonan dia.. Tapi tak pernah tengok dengan betul2.. ;)

Untuk review, komen, sinopsis jalan cerita drama Senyuman Di Kuala Lumpur ni, korang boleh baca entri INI.. Untuk VIDEO, boleh klik SINI..

Read more ...