Wednesday 6 June 2012

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan KELANTAN Untuk Jadi Penyanyi, Bakal Jadi Artis Naungan Beaming Stars Management

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi

Selepas tersingkir di peringkat Separuh Akhir Mentor 6, Tisha akan bergerak pantas untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya.. Tisha mendedahkan bahawa Mentornya, Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikat Ferhad iaitu Beaming Stars Management.. Dan Tisha akan muncul dengan satu single pertama pada September ini.. Harap-harapnya lagu berkonsep 'R&B' yang dipilih nanti ialah lagu yang best didengar di musim sekarang dan dapat hasilkan klip video yang menarik!

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 26 Tahun ialah berasal dari Pasir Puteh Kelantan.. Jom ikuti artikel asal di bawah..


SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi Ferhad dalam Mentor 6, Tisha, 26, membuat keputusan meninggalkan kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) semata-mata untuk bergelar penyanyi.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam berkata, walaupun gagal bertanding ke peringkat akhir pertandingan Mentor 6, dia tidak akan tinggal di kampungnya untuk menjalani rutin seperti sebelum ini.

"Sebelum ini, saya gagal di peringkat uji bakat Mentor 6 dan pulang ke kampung dengan sedih. Apabila salah seorang peserta menarik diri, saya diberi peluang untuk menunjukkan bakat dalam program tersebut.

"Peluang sebegitu jarang dimiliki oleh sesiapa pun dan sebab itu saya rasakan menyertai Mentor 6 ibaratkan seperti langkah pertama saya untuk menjadi seorang penyanyi.

"Saya nekad untuk berhijrah ke KL meninggalkan kampung dan akan pulang sekali sekala sahaja," katanya.

Dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir Mentor 6 pada Ahad lalu, Tisha mendapat undian terendah iaitu sebanyak 86 markah.

Kekalahan tersebut menyebabkan pesaingnya iaitu Anas, Caroline dan Zatul akan berentap pada acara kemuncak yang akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Tambah Tisha, dia juga bersyukur kerana Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Beaming Stars Management.

Malah Tisha akan muncul dengan sebuah 'single' lagu pertama pada bulan September nanti sebagai taruhan pertamanya dalam industri muzik tempatan.

"Sementara saya masih lagi dikenali, saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk muncul dengan sebuah lagu baru.

"Muzik yang akan ditampilkan lebih kepada konsep 'R&B'. Saya percaya, dengan bantuan Ferhad dan usaha yang keras, Insya-Allah, impian bergelar penyanyi yang berjaya pasti akan tercapai," tuturnya.

Menurut Tisha lagi, dia dan Ferhad masih lagi dalam perbincangan untuk memilih lagu yang sesuai. - SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Info tentang terkini di Genting Highland!
2. Info tentang UEFA EURO 2012..
3. Nescafe UHT
4. Senheng 10

2 comments:

  1. tisha ni pernah jadi JUARA dekat 1 program realiti kat NTV7 dlu nmenye AUDITION...

    ReplyDelete
  2. Fauzi, bukan.. Tisha atau nama masa tu Shanor tak berjaya masuk final.. rs nyer stakat semi final kot.. Tapi dia di umumkan menang kontrak syarikat rakaman..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.