Showing posts with label Audition. Show all posts
Showing posts with label Audition. Show all posts

Sunday, 5 August 2012

Pelakon, Razali Hussain Derita Akibat Terkena Santau Daripada Peminat Wanita

Pelakon, Razali Hussain Derita Akibat Terkena Santau Daripada Peminat Wanita


Pelakon, penyanyi dan juga bekas Peserta Program Realiti Audition NTV7, Razali Hussain mendakwa dirinya menderita akibat disantau seorang peminat wanita gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami.. Selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.. Beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias..

Semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya.. Wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan dan hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamarnya sebagai suami..

"Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam.. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.." - SUMBER

Read more ...

Wednesday, 6 June 2012

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan KELANTAN Untuk Jadi Penyanyi, Bakal Jadi Artis Naungan Beaming Stars Management

Tisha (Mentor 6) Sanggup Tinggalkan Kelantan Untuk Jadi Penyanyi

Selepas tersingkir di peringkat Separuh Akhir Mentor 6, Tisha akan bergerak pantas untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya.. Tisha mendedahkan bahawa Mentornya, Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikat Ferhad iaitu Beaming Stars Management.. Dan Tisha akan muncul dengan satu single pertama pada September ini.. Harap-harapnya lagu berkonsep 'R&B' yang dipilih nanti ialah lagu yang best didengar di musim sekarang dan dapat hasilkan klip video yang menarik!

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 26 Tahun ialah berasal dari Pasir Puteh Kelantan.. Jom ikuti artikel asal di bawah..


SHAH ALAM: Protege kepada penyanyi Ferhad dalam Mentor 6, Tisha, 26, membuat keputusan meninggalkan kampung halamannya di Pasir Puteh, Kelantan untuk menetap di Kuala Lumpur (KL) semata-mata untuk bergelar penyanyi.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam berkata, walaupun gagal bertanding ke peringkat akhir pertandingan Mentor 6, dia tidak akan tinggal di kampungnya untuk menjalani rutin seperti sebelum ini.

"Sebelum ini, saya gagal di peringkat uji bakat Mentor 6 dan pulang ke kampung dengan sedih. Apabila salah seorang peserta menarik diri, saya diberi peluang untuk menunjukkan bakat dalam program tersebut.

"Peluang sebegitu jarang dimiliki oleh sesiapa pun dan sebab itu saya rasakan menyertai Mentor 6 ibaratkan seperti langkah pertama saya untuk menjadi seorang penyanyi.

"Saya nekad untuk berhijrah ke KL meninggalkan kampung dan akan pulang sekali sekala sahaja," katanya.

Dalam pertandingan peringkat Separuh Akhir Mentor 6 pada Ahad lalu, Tisha mendapat undian terendah iaitu sebanyak 86 markah.

Kekalahan tersebut menyebabkan pesaingnya iaitu Anas, Caroline dan Zatul akan berentap pada acara kemuncak yang akan berlangsung pada 10 Jun ini.

Tambah Tisha, dia juga bersyukur kerana Ferhad sudi mengambilnya sebagai artis di bawah naungan syarikatnya iaitu Beaming Stars Management.

Malah Tisha akan muncul dengan sebuah 'single' lagu pertama pada bulan September nanti sebagai taruhan pertamanya dalam industri muzik tempatan.

"Sementara saya masih lagi dikenali, saya tidak akan mengambil masa yang lama untuk muncul dengan sebuah lagu baru.

"Muzik yang akan ditampilkan lebih kepada konsep 'R&B'. Saya percaya, dengan bantuan Ferhad dan usaha yang keras, Insya-Allah, impian bergelar penyanyi yang berjaya pasti akan tercapai," tuturnya.

Menurut Tisha lagi, dia dan Ferhad masih lagi dalam perbincangan untuk memilih lagu yang sesuai. - SUMBER

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Info tentang terkini di Genting Highland!
2. Info tentang UEFA EURO 2012..
3. Nescafe UHT
4. Senheng 10

Read more ...

Sunday, 3 June 2012

MENTOR 6 : Tisha Tersingkir Di Separuh Akhir.. Anas, Zatul Dan Caroline Ke Mentor Akhir 10 Jun 2012

(03 Jun 2012) MENTOR 6 : Tisha (Protoge Ferhad) Tersingkir Di Separuh Akhir.. Anas (Protege Faizal Tahir), Zatul (Protege Ogy) Dan Caroline (Protege Ella) Ke Mentor Akhir 10 Jun 2012


Persembahan malam ni adalah persembahan solo.. Nasib Tisha hanya sampai di peringkat Separuh Akhir apabila tersingkir malam ini.. Tisha terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal kerana hanya berjaya mengumpulkan 86 Markah.. Ini program realiti kedua bagi Tisha.. Program pertama dulu ialah Audition dengan membawa nama Shanor.. Di program itu, dia juga tersingkir sebelum ke final..

Caroline ternyata mengungguli markah tertinggi untuk Minggu Separuh Akhir apabila mendapat tempat pertama dengan 131 Markah.. Diikuti dengan Zatul dengan 127 manakala Anas dengan 122 Markah..

Mentor Akhir akan berlangsung pada 10 Jun 2012 nanti..

Sekian, ;-)

Published with Blogger-droid v2.0.4
Read more ...

Sunday, 25 March 2012

Tisha Mentor 6 - Protege Terbaru Ferhad.. Ada kaitan dengan Shanor Audition ke?

Tisha Mentor 6

Korang mesti dah tahu tentang hal Mentor mlm ni kan.. Wani, Protege Ferhad telah ditukarkan dengan Tisha.. Apa yang buat aku tertarik nak buat entri tentang dia ialah :

Tisha ni tiba-tiba buat aku teringat kepada salah seorang peserta program Audition anjuaran NTV7 sebelum ni.. Muka memang ada iras.. Dua-dua berasal daripada Kelantan.. Peserta Audition tu bernama Shanorbiah Shamsir Alam atau Shanor.. Dalam program tu, Shanor menerima lamaran daripada syarikat rakaman Warner Music. Shanor, peserta paling muda dalam pertandingan tersebut terpilih sebagai artis rakaman Warner Music Malaysia. Tapi pada tahun 2006, Shanor mengemukakan saman menuntut ganti rugi sebanyak RM240,000 terhadap syarikat rakaman Warner Music Malaysia Sdn Bhd yang didakwa gagal menawarkan kontrak rakaman album kepadanya..

Aku cuba carik gambar Shanor kat google.. Tapi tak de yang OK.. Cuma jumpa yang ini je.. Yang lain semua gambar kecil2.. Masa Shanor join Audition dulu, dia di antara peserta yang boleh dikatakan cantik dan paling muda pada masa tu..


Shanor Audition NTV7

Betul ke tak Tisha dan Shanor tu orang sama, itu aku tak pasti la.. Peace no war..

Terkini update : Macam semakin pasti Tisha ini adalah Shanor Audition.. 

kredit gambar di atas : EDtv

Mesti akan ada berita tentang ni nanti.. Tungguuu... Tak salah pun Shanor Audition nak masuk Mentor.. Kita cuma nak kepastian berita je.. Peace no war..

Entri berkaitan :


______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :
Read more ...