Wednesday 4 April 2012

Wanita Yang Bernama Shima Anuar

Aku kenal wanita ni lepas tengok Filem 7 Petala Cinta.. Jom baca info tentang Shima Anuar.. Rupa-rupanya dia pernah berlakon sebelum ni.. Tapi tak perasan..


KUALA LUMPUR, 13 MAC2012: Meskipun sudah melakonkan dua buah filem terbitan Metrowealth (MIG), namun pendatang baru, Shima Anuar, 21, terpaksa akur dirinya masih belum dikenali ramai.

Semuanya gara-gara kedua-dua filem lakonannya itu tidak mempamerkan wajahnya dengan jelas kerana menerusi filem pertama yang dilakonkannya dalam Sumpahan Kum Kum hanya memperlihatkan sebahagian wajahnya, manakala filem 7 Petala Cinta pula, kemunculannya berpurdah.


Namun Shima Anuar berkata, dia tidak ambil pusing mengenai perkara itu kerana apa yang penting baginya penonton dapat mengenalinya menerusi bakatnya.

"Alhamdulilah, walaupun saya ini pendatang baru tetapi MIG sudah memberi kepercyaan kepada saya untuk membawa watak utama dalam dua buah filem mereka.


"Saya sedar filem pertama wajah saya kurang dikenali kerana saya berselendang dan wajah saya di solek sebahagiannya menjadi buruk.Kemudian untuk filem 7 Petala Cinta yang akan keluar ini pula, wajah saya ditutup dengan kain purdah.

"Meskipun wajah saya kurang menonjol pada kedua-dua filem berkenaan, namun saya percaya penonton sekarang boleh menilai seorang pelakon itu bukan kerana rupa tetapi bakat lakonannya.

"Saya akan buktikan yang bakat lakonan saya akan membuat penonton mahu tercari-cari siapa diri saya sebenarnya," katanya ketika prebiu filem 7 Petala Cinta di MBO Subang Parade, malam tadi.

Shima Anuar mula menjadi artis di bawah naungan MIG sejak November 2010 dan mula muncul sebagai pelakon dalam drama Klik di Astro Ceria.


Selain Shima Anuar, 7 Petala Cinta yang bakal menjengah pawagam pada 15 Mac ini turut dibintangi oleh Aeril Zafrel sebagai pemegang watak utama, selain Fizo Omar dan Diana Amir sebagai watak sokongan.

Mengulas lanjut mengenai wataknya dalam filem 7 Petala Cinta bergenre romantik Islamik itu, Shima Anuar berkata, berlakon dengan memakai purdah amat mencabar kredibiliti lakonannya.

"Mula-mula agak sukar juga hendak membiasakan diri untuk bertudung litup serta berpurdah dari mula hingga akhir penggambaran, namun lama-kelamaan saya mula selesa.

"Cuma cabarannya sangat tinggi untuk berlakon dengan berpurdah dan hanya menampakkan mata sahaja kerana apa jua reaksi terpaksa diluahkan daripada raut mata saya sahaja.

"Bukan mudah untuk saya luahkan rasa gembira dan sedih hanya melalui mata, tetapi pengarah Azahari Zain menyakinkan saya serta banyak membantu," luah bekas penuntut jurusan Seni Lakonan Teater, Universiti Teknologi Mara ini.

Sumber : Murai

Biodata Shima Anuar :-

Nama Penuh : Noor Hashimah bte Anuar
Tarikh Lahir : 8 April 1991
Keluarga : Anak keempat daripada 6 beradik
Kerjaya : Pelakon
Graduan : Jurusan Seni Lakon, UiTM Puncak Perdana
Filem : Hantu Kum-Kum, Bini-biniku Gangster, Flat 3A, 7 Petala cinta
Drama : Klik (ASTRO), Ku Sangka 2 Rupanya 3 (RTM), Impian Raya Emelyn (TV9)
____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

13 comments:

  1. huhu..nak tau la...tulisan yg dlm blog ni nama pe...suka la...salm perkenalan

    ReplyDelete
  2. eh!! ingatkn die mmg berpurdah...

    ReplyDelete
  3. itu la.. ingatkan dia mmg berpurdah.. rupenya dalam watak je..

    ReplyDelete
  4. hi.. jom baca entry baru pka.

    http://pkaemerald.blogspot.com/2012/04/make-up-by-pka-rahim.html

    tq :)

    ReplyDelete
  5. lain la plak berpurdah dgn free hair

    ReplyDelete
  6. baru bleh tengok wajah dia... thanks! :)

    ReplyDelete
  7. abng fadhli...actually abng fadhli follow blog orng lain not blog me..nih baru blog niqi...silap guna template

    ReplyDelete
  8. mmg berbeza ble dia ade dua imej ni.. hehe

    ReplyDelete
  9. niqi.. tak perasan.. nati abe terjah k..

    ReplyDelete
  10. alorh..ingat dia sememangnye bpurdah..wuu..

    tp muda lg la..

    ReplyDelete
  11. salam...ni twitter nye

    https://twitter.com/#!/shima_anuar

    @shima_anuar

    ReplyDelete
  12. baru ku tau....seyesly,tergugat iman takala melihatnya berjilbab dan bpurdah...namun dulu tercari2 siapa gerangan...skrg sdah tau..huhuh

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.