Showing posts with label Titanic. Show all posts
Showing posts with label Titanic. Show all posts

Tuesday, 11 February 2014

Titanic | Dulu dan Sekarang

Titanic | Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba terjumpa gambar ni di twitter.. Rasa macam menarik untuk dikongsikan.. Titanic dulu dan sekarang.. Memang tragedi yang tak kan dilupakan di seluruh dunia.. Baru je lancar, terus hilang.. Mengukir sejarah yang betul-betul hebat..

Begitu juga dengan dunia perfileman dunia.. Rasanya menang banyak award di OSCAR.. Masa di sekolah rendah dulu, pernah seorang cikgu menyebut pasal filem Titanic ni.. Masa tu baru ditayangkan.. Katanya, penerbit dan pengarah filem ni susah giler nak cari dana.. Perbelanjaan yang besar.. Tapi setelah dana dikumpulkan dan filem diterbitkan, sememang telah menguntung mereka yang memberi dana.. 

Kadang-kadang sesetengah perkara, kita kena ambil risiko.. Dalam apa-apa bidang atau perkara sekali pun.. Ramai-ramai tengok gambar di bawah.. Interesting!

Read more ...

Monday, 30 April 2012

TITANIC Ke-2 : Clive Palmer, Jutawan Australia Umum Bina Titanic II !

Clive Palmer, Jutawan Australia Umum Bina Titanic II ! Wow!

Jika Titanic dahulu dikendalikan oleh White Star Line, kini Clive Palmer telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line.. Titanic II dijangkan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016..!  Berita penuh? Boleh baca artikel di bawah..


Clive Palmer, pada Isnin mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal Titanic versi abad ke-21 di China, dengan pelayaran pertama dari England ke New York ditetapkan pada 2016.

SYDNEY: Salah seorang lelaki terkaya di Australia, Clive Palmer, pada Isnin mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kapal Titanic versi abad ke-21 di China, dengan pelayaran pertama dari England ke New York ditetapkan pada 2016.

Palmer, seorang jutawan perlombongan berkata beliau telah mentauliahkan syarikat milik negara China CSC Jinling Shipyard untuk membina Titanic II dengan dimensi yang sama seperti sebelumnya.

"Ia akan menjadi serupa dengan kapal mewah Titanic yang asal tetapi sudah tentu ia akan mempunyai ciri teknologi abad ke-21 dan navigasi terkini serta sistem keselamatan," Palmer berkata dalam satu kenyataan.

"Titanic II akan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016."

Beliau menambah bahawa dia telah menjemput tentera laut China untuk mengiringi Titanic II ke New York.

Pengumuman dibuat hanya beberapa minggu selepas ulang tahun ke-100 tenggelamnya Titanic, yang jatuh pada 15 April 1912 selepas berlanggar air batu pada pelayaran pertamanya dari Southampton ke New York.

Palmer berkata kapal baru itu akan menjadi satu penghormatan terhadap semangat pekerja lelaki dan wanita pada kapal asal yang tenggelam bersama 1,514 penumpang dan anak kapal.

"Kita masih kagum dengan hasil kerja orang-orang ini selepas lebih daripada 100 tahun kemudian dan kita mahu semangat ini untuk 100 tahun lagi," katanya.

Titanic telah dikendalikan oleh White Star Line dan merupakan kapal terbesar di dunia pada masa itu.

Palmer berkata beliau telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line dengan kapal baru yang mempunyai spesifikasi yang sama seperti sebelumnya - 270 meter panjang (885 kaki), 53 meter tinggi dan berat kira-kira 40,000 tan.

Ia akan mempunyai 840 bilik dan sembilan dek dengan reka bentuk dilakukan bersama-sama dengan pasukan penyelidikan sejarah. Tiada angka diberikan tentang kos.

"Titanic II akan memberi keselesaan dan kemewahan dengan gimnasium dan kolam renang, perpustakaan, restoran kelas tinggi dan kabin mewah," kata Palmer.

Palmer dianggarkan menjadi orang kelima terkaya di Australia, dengan aset bernilai lebih daripada Aus$5bilion (AS $ 5.2 bilion), hasil perlombongan arang batu yang meluas dan lain-lain aset perlombongan di Queensland dan Australia Barat.

Beliau juga menceburi bidang pelancongan dan memiliki resort mewah Coolum di Sunshine Coast, manakala baru-baru ini berkata beliau mahu bergerak ke dalam industri media, satu sektor yang dikuasai oleh Fairfax dan Limited Rupert Murdoch News.

Jika Titanic dahulu dikendalikan oleh White Star Line, kini Clive Palmer telah menubuhkan syarikat perkapalan sendiri, Blue Star Line.. Titanic II dijangkan belayar di hemisfera utara dan pelayaran pertama dari England ke Amerika Utara dijadualkan pada hujung 2016..!  Berita penuh? Boleh baca artikel di bawah..



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Saturday, 28 April 2012

Titanic di 'National Geographic Magazine' dan Gambar 'Real' Titanic

Titanic di 'National Geographic Magazine' dan Gambar 'Real' Titanic

Disebalik berita tentang perhimpunan BERSIH hari ni, aku rasa macam tergerak hati untuk publish beberapa gambar REAL Titanic untuk semua pengunjung blog ni.. Jom tengok..


Real Titanic

Dikatakan enjin..


Pandangan atas

Kredit info dan gambar : SINI

Klik OST untuk tengok VIDEO OST Titanic.. My Heart Will Go On..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Thursday, 19 April 2012

Titanic 3D Cipta Rekod Kaut USD2 Billion

Titanic 3D Cipta Rekod Kaut USD2 Billion


Filem yang pernah mencetuskan fenomena ketika ditayangkan pada tahun 1997, Titanic sekali lagi mencipta sejarah apabila menjadi filem kedua dalam sejarah perfileman dunia yang berjaya mencecah kutipan tiket melebihi USD2 billion.

Filem arahan pengarah ternama, James Cameron ditayangkan buat kali kedua dalam format 3D sempena memperingati ulang tahun ke-100 tragedi yang telah mengorbankan ribuan nyawa itu.

Ketika ditayangkan pada tahun 1997, filem ini berjaya mengutip USD1.84 billion dan tayangan semula 3D telah menambah kutipan sebanyak USD190.8 juta menjadikan keseluruhannya berjumlah USD2.03 billion.

Satu-satunya filem yang mengutip jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah ini adalah filem fiksyen 'Avatar' juga arahan James Cameron yang berjaya mengaut sebanyak USD2.8 billion.


--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Monday, 16 April 2012

Sempena Titanic 100 Tahun : My Heart Will Go On

Sempena Titanic 100 Tahun : 
My Heart Will Go On

My Heart Will Go On, sebuah lagu yang tak kan dilupakan sampai bile2.. Sempena tenggelam nya TItanic mencecah 100 tahun, jom kita lagu My Heart Will Go On versi Live dan Original.


Versi 'LIVE'

Official MV

Artikel tentang TITANIC dalam blog ini :-



--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...

Sunday, 8 April 2012

Titanic Diwarta Warisan Budaya

Klik pada gambar untuk besarkan

PARIS 6 April - Kapal Titanic yang tenggelam hampir satu abad lalu akan diletakkan di bawah perlindungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) berkata, bangkai kapal itu ia akan diwartakan di bawah konvensyen 2001 bagi menlindungi warisan budaya di bawah air, sempena ulang tahun ke-100 tragedi kapal itu.

Berita lanjut, korang boleh klik gambar diatas..
______________________________________

Entri menarik yang perlu korang terjah :

Read more ...