Tuesday 10 April 2012

Tasha Shilla : Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011

Tasha Shilla : Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2011



Salah satu keputusan mengejut semalam lepas Tasha Shilla menewaskan Neelofa, Fathia, Izara dan Najwa Latif dalam ABPBH 2011 untuk kategori Artis Baru Wanita Popular.. Neelofa, Izara dan Najwa, masing-masing nama besar dan ramai menjangkakan kan mereka ade pelang yang cerah.. Rupa-rupanya peluang Tasha lebih cerah untuk ABPBH.. Mungkin jugak sokongan daripada kelab peminat dia yang kuat, membolehkan dia menang.. Tapi adakah kontroversi Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam tu membantu.. Den pun tak tahu la.. Apa-apa pun, tahniah!

Petikan berita mstar..

Tasha Shila Lebih Selektif Memilih Watak Selepas Menang ABPBH


GENTING HIGHLANDS: Pelakon Tasha Shila akan lebih selektif dalam pemilihan watak selepas ini kerana tidak mahu para peminat dan penonton berasa bosan dengan kemunculannya di televisyen.

Tasha berkata, dia mengambil keputusan itu adalah kerana tidak mahu dilabel sebagai artis “stereotype” kerana sering tampil dengan watak sama.

"Bukan demand tetapi ingin mengelakkan orang berasa bosan sebab asyik bawa watak yang sama sahaja setiap masa. Tambahan pula, tahun ini saya memang berazam untuk mempelbagaikan lagi kebolehan berlakon supaya kehadiran saya dapat memberi kesan kepada penonton," ujarnya kepada mStar Online.

Tasha ditemui selepas berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) di sini pada malam Ahad.

Pelakon itu memenangi kategori Pelakon Wanita Baru Popular pada majlis tersebut.

Tambah Tasha, dia juga akan lebih memilih projek filem yang diterimanya kerana sebelum ini tiga filem lakonannya tidak memberikan impak kepada penonton.

"Ada beberapa tawaran filem pada tahun ini tetapi saya perlu lebih berhati-hati memilih kerana mahu watak itu memberikan impak kepada penonton dan bukan hanya diingati sebagai pelakon yang sering bawa watak 'gedik'," katanya.

Bagaimanapun, Tasha berkata, keputusannya itu tidak ada kena mengena dengan kemenangannya pada ABPBH 2011 sebaliknya merasakan perkara itu perlu dilakukan untuk memastikan kerjaya lakonannya stabil.

"Saya masih orang yang sama sebelum memenangi anugerah ini dan rasanya tiada sebab untuk berubah selepas memenangi anugerah ini.

"Kemenangan di ABPBH 2011 adalah sebagai satu tanggungjawab kepada saya untuk lebih serius terhadap apa yang saya lakukan dan yakin peminat sentiasa bersama saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Tasha berkata, dia memasang angan-angan untuk melebarkan kerjaya seninya ke peringkat luar negara sebagai pelakon dan berharap cita-citanya itu akan tercapai suatu hari nanti.

Tasha berkata, dia perlu bekerja keras untuk merealisasikan impiannya itu kerana menyedari ia bukan satu perkara mudah.

"Semenjak bergelar pelakon telah banyak perkara yang saya lalui sama ada baik atau pun buruk demi mengejar sebuah kejayaan. Namun saya tidak pernah berputus asa.

"Atas dorongan itu juga saya yakin dapat mengejar impian saya dengan berkat doa keluarga, peminat dan usaha," katanya.

Sementara itu, Tasha memberitahu dia bakal muncul dengan beberapa buah drama dan telefilem seperti Landasan Cinta, Takdir Yang Terindah dan Friday I'm in Love.


Kes Tuduhan Menari Ghairah Di Kelab Malam

PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla berasa kecewa dengan tuduhan kononnya dia berkelakuan liar dan sanggup menari dengan aksi ghairah di sebuah kelab malam ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-25 pada 25 Januari lalu.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai melampau, Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abdul Razak bagaimanapun mengaku berkunjung ke kelab tersebut tetapi tidak berkelakuan seperti yang didakwa.

"Saya bukan bodoh atau tidak sensitif untuk berkelakuan di luar kawalan seperti yang diperkatakan.

"Sebagai selebriti, sudah tentu saya sedar dan peka dalam menjaga tindak-tanduk terutamanya ketika berada di tempat awam.

"Saya kecewa apabila orang menuduh saya begitu sedangkan saya hanya menari biasa dan bukannya menari di tiang dengan aksi ghairah," katanya dalam nada kesal.

Tasha berkata dia tidak mampu untuk menghalang persepsi orang luar yang hanya mengenalinya sebagai artis tetapi apa yang lebih penting adalah kepercayaan dan sokongan ahli keluarga dan teman-teman rapat.

"Saya tidak mahu menjadi hipokrit dan menafikan kononnya saya tidak pergi ke kelab seperti yang diperkatakan.

"Hakikatnya, apa yang saya jelaskan adalah sesuatu yang benar-benar berlaku. Saya harap dengan penjelasan ini, masyarakat akan tahu perkara sebenar," katanya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Tasha mula dikenali selepas membintangi drama Gemilang di TV3 pada tahun lalu.

______________________________________

Entri menarik yang perlu korang terjah :

8 comments:

  1. Yuhuuuuuu Emma singgah sini dari blog mak dara =)

    ReplyDelete
  2. pergh...
    comang giler gambr nom 1 tuh...
    rasa cam nk cari awek cam tasha jer nie:)

    ReplyDelete
  3. Ingatkan Izara yg menang,rupanya rezeki Tasha

    ReplyDelete
  4. salam,,saya tag saudara Eraz untuk segmen ini http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/segmen-jom-tambah-follower-bersama-mr.html ..saya jangka kan neelofa yg menang^_^

    ReplyDelete
  5. dia memang comel gilak...Nad suka bangat..:)

    masuk blog eraz..:D
    yeah come from Bicara Mak Dara : Ini Link Saya.. Sila Promote!

    Tengok anak nad jom..:)

    http://www.nornadiah.com/2012/04/joeybaby-sugar-glider-kelihatan-30.html

    ReplyDelete
  6. Kite suke Izara Aisyah..
    sooo ssshhhwwweeettt...hehe!

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.