Thursday 5 April 2012

Setelah Lama Kerinduan, Kini Kau Disisi..

Jom layan lagu rancak dari Dato' Siti Nurhaliza kita ni.. 'Kini Kau Disisi'.. Kalau korang sedar, lagu ni betul di ambil dari album penuh Siti.. Tapi satu-satunya lagu baru yang di ambil daripada album kompilasi gabungan 3 artis Suria Records pada masa tu.. Noraniza Idris, Liza Hanim dan Siti Nurhaliza.. Cover album? Ade kat bawah tuh.. Lagu ni memang menarik.. Tapi tak menjadi single meletop sebab Siti banyak lagu best dari album sebelum dan selepas album kompilasi ni.. Album 'Molek' ni kua pada tahun 1998, selepas album Adiwarna dan sebelum album Seri Balas.. Jom layan.. Siti banyak perform lagu ni dalam konsert-konsert live dia..




Lirik : 

Setelah lama berjauhan
Kini kau kembali padaku
Setelah lama kerinduan
Kini kau di sisiku

Mentari suramnya
Siang tak bercahaya
Ku... rasa kehilanganmu
Sejak kau tiada
Di sisi menemaniku

Dedauan kekeringan
Tiada titis hujan
Oh... lamanya ku menantimu
Kembali padaku sayang
Kembali oh kasih pada diriku

Setelah lama berjauhan
Kini kau kembali padaku
Setelah lama kerinduan
Kini kau di sisiku

Renungan matamu
Menyapakan padaku
Betapa kau merinduiku
Tak sanggup berpisah
Tak mungkin lagi berpisah darimu
____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.