Friday 6 April 2012

Malaysia Kini : Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio

Kebenaran berita ini tidak sahih apabila terjumpa berita ini 'Tiada Larangan Terhadap Watak 'Lelaki Lembut' di Saluran Televisyen Kerajaan

Sumber Foto : Malaysia Kini

Ini berita terbaru yang diterima untuk di share kan pada semua pembaca blog ni.. Kebenaranya, korang kena baca berita di bawah nih.. Jika benar, sangatlah bagus sebab sekurang-kurangnya boleh menghalang daripada terpengaruh.. 

Petikan daripada Malaysia Kini

Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan yang disiarkan di halaman Facebooknya.

Arahan itu berbunyi: "Berkuatkuasa serta merta, stesen radio dan televisyen diminta menghentikan rancangan yang menyiarkan watak pondan, lelaki lembut yang bercanggah dengan norma masyarakat beragama kerana dikatakan menyokong dan meningkatkan gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ketika ini."

Pada 3 November, pihak berkuasa mengharamkan program Seksualiti Merdeka walaupun ia telah diadakan sejak beberapa tahun sebelumnya tanpa sebarang masalah.

Seksualiti Merdeka adalah festival tahunan yang meraikan hak asasi manusia rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina, yang dianjurkan oleh gabungan NGO, artis, aktivis dan individu sejak 2008.

Berita penuh : SINI
____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

4 comments:

  1. jgn hangat2 tahi ayam sudah.. program/drama/filem yg punya unsur 18sx walaupun sedikit sprt filem Ombak Rindu, Klip 3GP dll pun patut ban terus.. padan muka.. x semestinya paparkan mcm tu utk jd pengajaran.. ada byk lg cara yg baik utk beri pengajaran kpd penonton.. wat tambah dosa aje.. geram >__<

    ReplyDelete
  2. macam2 hal bila dunia akhir zaman

    ReplyDelete
  3. kerajaan perlu ambik peduli pasal hal2 ini..nmpak remeh tp beri impak yang negatip...

    ReplyDelete
  4. ziela ade buat segmen , sesiapa yg nak join bole click di sini
    http://ahmoysimerah.blogspot.com/2012/04/segmen-menjelajah-blogger-bersama-by.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.