Sunday 1 April 2012

Dato' Siti Nurhaliza, Celine Dion Bakal Bekerjasama

Gambar Hiasan.. Zaman Siti Sekolah-Sekolah Dulu..


Diharapkan, perancangan kerjasama ni betul-betul akan berhasil..


Sejak muncul dengan album Inggeris, All Your Love, macam-macam cerita CAK dengar membabitkan artis popular seorang ini, siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nuhaliza.

Selepas berganding dengan bintang muda Sean Kingston, khabarnya pihak pengurusan Siti menyenaraikan beberapa lagi nama besar penyanyi terkenal dunia untuk digandingkan dengan diva seni suara tanah air itu.

Terbaru yang CAK dengar, Siti akan bekerjasama dengan Celine Dion. Ternganga mulut CAK mendengarnya. Kalau benar perkara itu jadi, ibaratnya bulan jatuh ke riba bagi Siti yang selama ini meminati penyanyi bertaraf diva dunia itu.

CAK juga dengar, Siti akan menjalin kerjasama dengan syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Malaysia. Maknanya Siti Nurhaliza Production (SNP) tidak lagi bekerjasama dengan syarikat rakaman lamanya, Suria Records (SRC).

Demi memastikan kelangsungan kerjaya, strategi kerjasama dan pemasaran itu penting. Menurut sumber dalaman syarikat rakaman itu, sebaik kontrak ditandatangani, mereka akan menguruskan satu kerjasama rakaman lagu Inggeris antara Siti dan penyanyi malar segar dan popular sekitar 1990-an, Richard Marx.

Walaupun Marx tidak ‘segah’ dulu, vokalnya masih diminati ramai dan mereka percaya paduan suara antara penyanyi lelaki yang pernah menjadi gilaan ramai wanita seluruh dunia itu dan Siti pasti menggegarkan industri muzik tempatan dan rantau Asia.

Gandingan vokal Siti dan Marx juga sebagai permulaan untuk membawa penyanyi yang mula dikenali dengan lagu Jerat Percintaan itu ke peringkat lebih tinggi, seterusnya impian untuk berganding suara dengan Celine dapat direalisasikan.

Cuma satu saja pesan CAK, masa nak dapat memang macam-macam janji tetapi bila dah tanda tangan kontrak, apa dijanjikan tinggal janji.

Bagi CAK, usaha dilakukan Universal untuk Siti memang bagus. Mana tahu, gandingan Siti dan Marx boleh membuahkan hasil seperti mana Tony Bannet dan Lady Gaga sehingga menang Grammy.

____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.