Wednesday 25 April 2012

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek


Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan Anugerah Astro Arena 2012 : Khairul Fahmi dan Atlit Muda Pilihan : Nazmi Faiz

Aku baru je buat entri pasal Anugerah Astro Arena 2012 semalam.. So, hari ni, dah ade keputusan.. Senarai calon, korang boleh klik SINI untuk tengok.. Jom baca keputusan..!


KUALA LUMPUR, 24 APRIL 2012: Kontroversi berganda yang dihadapi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex,23, sedikitpun tidak menghalang rakyat Malaysia untuk memilihnya sebagai Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan di Anugerah Astro Arena 2012,malam tadi.

Malah, Apex yang tidak dapat menghadirkan diri pada malam anugerah itu disebabkan dia berada di Vietnam terharu dengan anugerah berkenaan.

"Inilah tanda sokongan rakyat Malaysia buat saya. Bagi saya, anugerah ini membuktikan rakyat Malaysia telah memberikan jiwa raga mereka bagi pasukan bola sepak tempatan untuk mengharumkan nama negara ke peringkat lebih tinggi lagi.

"Insya-Allah, saya akan terus menjadi yang terbaik dan tegurlah saya andaikata saya hampir terkandas. Segala yang saya peroleh ini disebabkan sokongan dari lima orang iaitu keluarga, media tempatan, pihak pengurusan, peminat dan kawan-kawan.

"Selagi saya kuat, selagi itu saya akan tempuhi segala cabaran yang dihadapi. Doakanlah saya sihat dan boleh terus berjuang dalam mengharumkan nama negara. Segala yang berlaku telah menguatkan saya untuk menjadi insan yang berguna. Doakan kami terus berjaya," jelas Apex yang berada di Vietnam kepada portal murai.com.my.

Sebelum mengakhiri perbualan dari Vietnam, Apex menegaskan akan memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya dan cuba menjadi terbaik di mata hati peminat.

"Bukan mudah untuk memuaskan hati setiap orang. Namun, itulah lumrah dunia. Saya tidak akan menjadi sempurna di mata anda sekiranya saya tidak tahu apa kelemahan saya. Manusia dicipta untuk saling menegur agar menempuh kebahagiaan.

"Sekali lagi, saya hanya mampu membalas dengan ucapan terima kasih.Anugerah yang saya terima ini lebih berbaloi seandainya saya dapat membalasnya dengan kemenangan dan permainan yang cemerlang. Teruslah menyokong sukan bola sepak dan industri sukan tempatan," ujar Apex yang dihubungi selepas namanya diumumkan menang.

Selain Apex yang menepati ramalan, seorang lagi jaguh bola sepak tempatan iaitu Nazmi Faiz turut berjaya meraih gelaran atlet muda pilihan.

"Saya sama sekali tidak menyangka dan terkejut dengan pengumuman ini. Apa sekalipun, saya amat bersyukur. Terima kasih kepada peminat yang telah menyokong dan mengundi saya untuk anugerah ini," ujar Nazmi.

Sementara itu, jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee juga tepati ramalan dengan dipilih sebagai Jurulatih Pilihan. Anugerah yang disiarkan secara langsung di Astro Arena Saluran 801 diacarakan oleh penyampai Astro Arena iaitu Akhbar Sahari dan Edleen Ismail.

Dengan bertemakan warna hitam dan merah, acara ini turut diserikan dengan persembahan dari Jaclyn Victor, Azlan The Typewriter dan kumpulan Jambu. Program ini turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Hj Ibrahim.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan:

Atlit Lelaki Pilihan Berpasukan:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)

Atlit Wanita Pilihan Berpasukan:
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)

Atlit Muda Pilihan:
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)

Kebangkitan Pilihan:
Lee Hup Wei (Olahraga)

Jurulatih Pilihan:
Ong Kim Swee (Bola Sepak)

Blog Sukan Pilihan:
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)

Perlawanan Pilihan:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)

Lageda Sukan Negara
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

Anugerah Khas Arena
Salam Sidik

Jasamu Dikenang
Razali Alias
Khoo Beng Khai



--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :


1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.