Wednesday 16 December 2015

Kelantan dijangka Banjir Besar 25 hingga 28 Disember 2015 ?


Assalamualaikum w.b.t.. Kelantan dijangka akan mengalami banjir besar bermula dari 25 hingga 28 Disember 2015 berikutan ramalan jika hujan lebat datang serentak dengan fenomena air pasang.. Ramalan ini bagus untuk buat ramal rakyat Kelantan untuk bersedia dalam apa jua perkara kan.. Sebelum tarikh itu, ramalan banjir besar juga dibuat bermula 15 Disember iaitu semalam tetapi alhamdulillah, setakat hari ini, cuaca begitu 'menceriakan' kami walaupun panas.. Alhamdullillah..

Untuk tarikh yang akan datang ini, memang kena bersedia sebabnya memang dari awal, ramalan menyatakan Kelantan akan dihujani air yang banyak sebanyak 4 tempoh.. Dua sudah lepas dan sekarang sepatutnya satu lagi.. Dan seterusnya yang keempat ialah tarikh yang diramal macam yang di atas la.. Kenangan bah merah tahun lepas memang menjadi fobia dan Eraz sendiri bersama wife sudah bincang mana kami akan pergi jika banjir itu datang sekali lagi.. Sebab sudah ada pengalaman, insyaallah mungkin boleh lebih bersedia..

Apa-apa pun, sama-sama juga kita doakan agar ramalan itu tidak benar dan tiada lagi banjir seperti tahun lepas.. Amin..

6 comments:

  1. insyaAllah, moga2 semua jangkaan tu tak terjadi. aamin

    ReplyDelete
  2. mudah2 mudahan banjir tak besar macam tahun lpas.

    ReplyDelete
  3. Semoga dijauhkan banji..risau bca ni. Semoga terhindar

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.