Friday 4 December 2015

Kalau Dulu #10 | Buku Biodata

Assalamualaikum w.b.t.. Buku Biodata.. Kalau siapa yang pernah membesar dan masih belajar di sekolah-sekolah asrama atau matrikulasi ataupun juga universiti, mesti pernah jumpa buku biodata macam ni.. Jenis buku biodata ni bergantung kepada di pemilik.. Tak kira lelaki atau perempuan, rasanya mereka akan keluarkan style buku masing-masing.. Yang wanita pun lebih cantik dan kemas la.. Apa yang menariknya buku biodata ni? Haha..


Selalunya buku biodata ni akan diberikan dekat-dekat nak habis belajar ataupun paling lewat ialah masa nak blah dari tempat belajar tu.. Maksudnya lepas tu dah tak jumpa dah.. So perlu la buku biodata tu kan.. Dalam tu mesti ada nama, alamat, no. telefon, alamat email, extra gambar kalau tak malu dan kata-kata.. Kata-kata tu yang best.. Ada lucu, serius dan macam-macam la.. 

Selalunya kawan perempuan akan serah pada seorang kawan lelaki sekelasnya.. Bila dia dah siap tulis, dia akan serah pada kawan dia yang lain pula.. Last-last semua dah tulis, pulangkan la pada tuan dia.. Tapi bukan semua la yang buat buku biodata ni.. Sekadar suka-suka dan tak nak lost contact.. Itu je niatnya kot..

Zaman sekarang? Rasanya tak de dah.. Semua dah ada media sosial.. So tak perlu dah semua tu.. Masa zaman di matrikulasi dulu, facebook, twitter, instagram ni meamng tak de la.. Friendster baru nak perkenalkan kot.. Tapi tak meluas lagi.. Sebab tu la masih wujud buku biodata tu kot.. Bila dan masuk usm, baru la muncul friendster dan myspace secara meluas.. Tapi sekarang, orang dah tak kenal friendster walhal memang dialah yang paling popular dulu.. 

3 comments:

  1. Masa kat sekolah rendah la, masih dngn zaman xda phone. Tu pun dalam darjah 6, 1-2 orng aje yg ada phone. Semua pakat tulis biodata. Hahahah lucu gak la. Tapi kenangan kan, hahaha
    Btw, jemputla ke blog kalau sudi, *rain simpati sbb dah lama x brblog alih2 blog dah bsarang labah2* hehehee

    ReplyDelete
  2. hehe... kenangan ni eraz... akak pun ada gak...

    ReplyDelete
  3. alamak macam tau2 ja Eraz..ni apa yang Etuza buat dengan kekasih dahulu..terkena jg..menarik

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.