Sunday 9 August 2015

Tips Merawat Demam Panas Di Rumah

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa-siapa yang ada anak kecil a.k.a bayi, mesti akan lalui saat menjaga anak demam.. Kadang-kadang kita rasa macam nak panik bila tengok atau dapat rasa badan anak sangat panas di kepala dan badan.. Dan juga mesti risau kalau nampak anak tu dah mula menggigil.. Orang kata, kalau dah mula menggigil tu maksudnya memang badan dia panas dari dalam la.. So hari ni Eraz nak share dengan korang tentang Tips Merawat Demam Panas Di Rumah.. Bagi maklumat di bawah ni.. Insyaallah boeh membantu..


Anak Eraz sendiri iaitu Zara Faleesya salah seorang yang demam sekarang ni.. Kalau siang hari boleh dikatakan ok la walau ada ketikanya jadi lebih manja.. Tapi malam memang kena berjaga-jaga.. Dua malam semalam, first time tengok di tersedar cakap sejuk..Tengok pada kulit di bahu tu memang macam kulit orang sejuk.. Rasanya badan dan tinggi sangat dan orang tua kata, sejuk di dalam.. Ambil termometer memang tinggi suhunya bila check.. Terus bangun dapatkan ubat dan jelung atau sponging kepala, belakang dan bawah ketiak.. Itu memang cara biasa kami untuk redakan panaskan dia..

Alhamdulillah, suhu makin turun perlahan-lahan walaupun ada ketika Zara minta nak duduk atas riba.. Memang kalau masa anak demam, kami suami isteri akan bergilir jaga sebab nak pantau keadaan.. Budak demam panas ni risikonya tinggi.. Minta jauh kalau sampai tahap sawan.. Semalam pun sama, sekali lagi nampak di kulit dia macam sejuk.. Buat apa yang kami buat semalam.. Sampai Zara yang nampak lemah, bangun ajak Papa main melukis di malam buta.. Walaupun ngantuk, layan je la dan dalam masa yang sama lega sebab anak dah aktif.. 

Harapnya hari ni demam Zara ok.. Kebetulan Eraz cuti hari ni, so akan pantau dia 24 jam la.. Nasib baik juga Allah bagikan kesihatan yang baik pada Adam.. At least Adam buat hal dia je selalu nak susu.. Sama-sama kita ambil tips untuk jaga anak masing-masing masa demam.. Demi masa depan mereka dan kita juga.. Doakan semoga Zara cepat sempat.. Insyaallah.. Amin..

6 comments:

  1. musim demam sekarang ni... anak akak zara pun demam juga.... nasib baik tak melarat.... smg zara faleesya cepat sembuh k...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Siang hari ok sikit berbanding malam yang perlu berhati2..

      Delete
  2. selalu kalau demam, mak belikan air badak cap kaki tiga tuh suruh, alhamdulillah, atas izin ALLAH sentiasa berkesan, then, sentiasa lap badan ngan kain basah, kalau demam jangan takut mandi, dengan mandi la panas dalam badan keluar, atas pengalaman sendiri nih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa kecik dlu pun, abah selalu belikan air cap badak tu..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.