Thursday 27 August 2015

Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2016 Dibuka !


Assalamualaikum w.b.t.. Ini khas kepada kawan-kawan yang bergelar guru dan dalam status merantau atau jalani hubungan suami isteri secara jarak jauh.. Permohonan Pertukaran Guru bagi sesi Januari 2016 akan dibuka mulai 01 September 2015 hingga 30 September 2015 melalui modul egtukar.. Jangan sampai terlepas pula.. Mana tahu tahun 2016 nanti menjadi tahun korang untuk bertukar sekolah dari jauh menjadi dekat kan.. Tak betul-betul dekat, maybe lebih dekat or tak perlu naik plane lagi kan.. Insyaallah..

Siapa yang tak nak bekerja di tempat sendiri kan ataupun berkerja di kawasan yang sama dengan suami atau isteri.. Tapi disebabkan permohonan sangat ramai berbanding tempat kekosongan, terpaksalah ramai memendam rasa dan perasaan bertahan di tempat lama sebelum tiba satu hari nanti mendapat berita permohonan diluluskan..

Kalau dulu-dulu, asal kahwin je, boleh dijadikan alasan untuk tukar ke kampung halaman atau kawasan yang berdekatan dengan pasangan.. Tapi sekarang tidak lagi.. Alasan tu memang tak boleh digunapakai.. Memang kena tunggu kekosongan.. Ada orang kata juga perlu ada 'kabel'.. Haaaa.. Itu no komen, kalau ada yang gunakan kabel bawah tanah ke apa ke, itu terpulang pada dia la.. Kalau betul berlaku, kadang-kadang kesian pada yang betul-betul perlu, tapi tak dapat..

Apa-apa pun, selamat mencuba pada semua guru dalam Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2016  ni.. Insyaallah mungkin tahun 2016 milik korang.. Amin..

4 comments:

  1. Semoga dipermudahkan ditukarkan di tempat berhampiran kampung..


    Jom join GA ni "Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com"

    antara entry terkini 1. "Nak Promote Bisnes Rakan.."
    2. "Nak tolong promote bisnes rakan blogger jap.."





    ReplyDelete
  2. Singgah follow cni..")

    keciankan yg husband n wife jarak jauh.. moga mereka2 dipercepatkan pertukaran..")

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.