Wednesday 12 August 2015

Koleksi Kasut New Balance 2015

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba hari ni nak bercakap tentang kasut.. Sebabnya dah lama tak ‘renew’ beli kasut baru terutama untuk aktiviti sukan dan kasual.. Kasut untuk kerja alhamdulillah baru ‘renew’.. Last beli masa sukan dan kasual masa nak pergi Team Building di Sungkai Perak sebelum ni.. Dalam pada duk google dan search kasut-kasut menarik ni, terjumpa gambar di bawah.. Cool giler kot.. Rupanya kasut New Balance.. Banyak juga yang best-best ni.. 


Kenapa Eraz kata banyak yang best-best? Sebabnya Eraz memang salah seorang yang sukakan kasut untuk sukan dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk kasual.. Kualiti mesti baik la kan.. Semestinya juga mesti la stylish kan untuk dipadankan dengan koleksi baju dan seluar.. Jadi pemilihan jenis dan corak serta warna perlu tepat ni..

Bila bercakap tentang jenama New Balance ni, rasanya semua orang pasti sudah tahu bahawa ianya sangat dikenali sebagai antara pembuat barangan sukan yang terbesar di dunia dengan penghasilan produk kasut sukan yang menarik dan bergaya kan.. Jenama ini mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam industri sukan dan dinamakan sebagai antara pakar sukan yang menyediakan keperluan untuk lelaki dan wanita.. Produk kasut New Balance boleh didapati di seluruh dunia di pelbagai cawangan New Balance store mahupun secara online.. Senang giler.. 

New Balance Malaysia menawarkan seleksi kasut sukan yang cukup berkualiti dan boleh didapati dengan pelbagai pilihan rekaan hebat dengan pelbagai fungsi.. Jika korang mencari sepasang kasut yang berkualiti maka ini adalah jenama yang pasti korang mahukan.. Dengan penggunaan teknologi yang serba moden dalam proses pembuatan mereka, New Balance telah memulakan langkah yang cukup bijak dengan penghasilan koleksi kasut New Balance generasi baru yang lebih fashionable dengan corak dan rekaan yang cukup stylish! 


Kasut New Balance terkini cukup menarik daripada segi rekaan dan ianya boleh digayakan untuk apa sahaja keperluan dan bukan hanya untuk aktiviti sukan! Tiada siapa yang pernah menduga sebelum ini bahawa kasut sukan boleh menjadi begitu stylish sehingga boleh dipakai walau kemana jua secara kasual.. Anda boleh lihat di bawah ini cara menggayakan kasut New Balance terkini dengan memadankan kasut anda dengan persalinan kegemaran bagi menghasilkan penampilan yang lebih bergaya..


Mahu kelihatan kemas bergaya namun dalam masa yang sama mahu kelihatan lebih sporty? Padankan kasut New Balance dengan persalinan kegemaran anda untuk mendapatkan gaya penampilan yang anda mahu..


Never step out of your house without a pair of shoes from New Balance to keep looking fresh and stylish! Ok tak kata-kata tu? Tak salah kita bergaya kerana daripada situ juga akan timbul satu keyakinan diri untuk diri kita sendiri.. Jika keyakinan diri tu dah berada dalam diri kita setiap hari, maka hari-hari yang diharungi dan mendatang akan menjadi hari-hari yang baik.. Jom dapatkan kasut New Balance untuk jadikan salah satu koleksi korang..

6 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.