Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 29 July 2015

Suprise untuk WIFE

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah, semalam merupakan Hari Lahir isteri tersayang.. Disebabkan kami dua-dua bekerja, anak pun ke nursery, memang tak keluar mana-mana la.. Balik kerja, duduk sekejap mesti nak masuk Maghrib dah.. Malam? Memang tak keluar sangat la lagi sebab Adam Fitri masih kekal.. Baru 2 bulan kot kan.. Tapi syukur beberapa hari sebelum ni dah beli kek siap-siap untuk celebrate..

Hadiah? Sebenarnya hadiah sudah dihadiahkan awal sikit sebab masa tu kebetulan handphone wife rosak.. So on the spot pada tengahari tu keluar office cari handphone.. Balik petang buat suprise tunjuk.. Menjadi sebab memang tiada pun dalam perancangan kami nak beli handphone baru untuk dia..

Disebabkan semua dah buat, Eraz decide nak suprisekan dia dengan minta orang hantarkan bunga ke pejabat.. Alhamdulillah masa budak yang hantar bunga tu sampai, dia ada kat office.. Dapat la juga buat kejutan.. Sebelum ni pernah hantar masa anniversary ke 3.. Tak boleh selalu kan sebab tak suprise pulak.. Lain orang lain cara, hanya untuk orang tersayang..

8 comments:

  1. selamat hari lahir isteri eraz,semoga dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete
  2. Bukan apa yang diberi menjadi ukuran..yang utama adalah bagaimana kita menunjukkan rasa dan tanda ingatan itu..selamat ulangtahun ye mrs eraz..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.