Thursday 13 September 2012

Semua Tentang Nadiya Nissa, Pemilik Watak Ain Hawani Drama Adam & Hawa

Semua Tentang Nadiya Nissa, Pemilik Watak Ain Hawani Drama Adam & Hawa

2012 : Gambar Nadiya ni macam Angelina Jolie

Korang mesti dah kenal Nadiya Nissa ni kan.. Wajah wanita berusia 27 tahun ini pemilik watak Ain Hawani dalam Drama Adam & Hawa yang sedang ditayangkan di Astro Mustika HD.. Tujuan entri hanya untuk memperkenalkan Nadiya bermula dengan drama atau filem apa yang dibintangi..

1. Membintangi filem yang dilabelkan kontroversi, Dukun yang hingga kini terperap di dalam arkib..

2. Kemudiannya tampil memegang watak utama dalam filem yang menang di anugerah antarabangsa, Karaoke tetapi masih gagal menyelinap ke depan. 

3. Membintangi drama televisyen Dengan Nama Cinta, Hanya Aku, Donut, Cinta 5 Bintang, Impian Sunsilk 2 dan beberapa lagi..

4. Muncul pula sutradara terkenal, Osman Ali memberinya watak Manis menerusi filem Cun!, ia bagai titik permulaan buatnya hingga trofi Aktres Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke-24 tahun lalu dan Anugerah Skrin 2011 selesa di dalam genggaman!

5. Ombak Rindu menjadi taruhan sekali lagi. Walaupun filem ini mencetus fenomena hingga tersenarai kutipan tertinggi ketika itu, Nadiya masih tertinggal jauh ke belakang sebelum .....

6. Muncul pula dengan Jiwa Taiko..

7. Terkini drama Adam & Hawa.. “Alhamdulillah jika betul apa yang diperkatakan, popular dan publisiti datang berhimpit, saya bersyukur dengan rezeki ini.. Drama Adam & Hawa akan saya catatkan menjadi anjakan positif dalam profil seni saya.. Masanya sudah tiba dan kini tanggungjawab dan komitmen saya untuk menghargai setiap peluang dan ruang ini.. Sejak awal menerima skrip daripada penerbit Global Station Sdn Bhd untuk melakonkan watak Ain, saya sudah tertarik dengan plot cerita dan wataknya.. Ia adalah naskhah yang diadaptasi dari novel yang penuh emosi dan menceritakan setiap inci perasaan Ain.. Saya mudah faham dan mampu menyerapkan rasa itu ke dalam jiwa, katanya..”

8. Kini belum sempat perwatakan Ain terhakis, tawaran lain pula menyusul.. Syukurnya tak terhenti apabila bakal muncul dalam filem romantik komedi bersama Farid kamil dan Rita Rudaini berjudul Pengapit

9. Akan kembali ke lokasi penggambaran bagi melakonkan watak Elina menerusi drama siri 26 episod berjudul Cinta Jangan Pergi bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah..

10. Telefilem bersama Aaron Aziz sekali lagi terbitan Global Station Sdn Bhd, Anugerah Dendam Yang Terindah akan menyusul selepas itu..

11. Dan sebelum akhir tahun ini Nadiya akan meletak sepenuh tumpuan untuk filem Bikin Filem..

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Memperkenalkan Wanita Yang Bernama Nadiya Nissa
(Entri 1) (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 11
(Entri 2) Tahniah! Ayu Raudhah Hamil..
(Entri 3) (VIDEO) Drama Adam & Hawa Episod 10
(Entri 4) Pendapatan Sampingan Kepada Blogger
(Entri 5) Kisah : Kerana Nafsu, Pasangan Gay Dicekup !
(Entri 6) Kes Kawan Makan Kawan ! Diikat dan Dibogel !
(Entri 7) 6 Cara Atasi atau Mengubati Kekecewaan
(Entri 8) Sofia Jane Kembali Berlakon Dalam Telefilem Jane Jamilah
(Entri 9) VIDEO Kenangan '3 Anak Beruang' dalam Full House !
(Entri 10) Sharnaaz Ahmad Jumpa Suami Noraniza Idris Kerana Panas Baran
(Entri 11) (GAMBAR) Shila Amzah Berjaya ke Final Program 'Asian Wave' di Shanghai!
(Entri 12) Ketahui Sebab Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan
(Entri 13) 'Di Mana Joe Jambul' KEMBALI

5 comments:

  1. aku kenal.aku suka watak dia dalam filem cun..kecik molek owangnyer..huhu

    ReplyDelete
  2. oh die ke yg berlakon cub tu.. patut la rse mcm pnah tgk... tp bila die blakon cun dgn watak lain, sbb tu x dpt cam

    ReplyDelete
  3. pernah jumpa dia.. sempoi.. :)

    tahniah kepada dia dapat peranan besar di dalam adam&hawa.. :)

    ReplyDelete
  4. M paling suka watak dia dalam CUN..tapi dalam jiwa taiko tak sanggup nak tengok..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.