Wednesday 19 September 2012

Pujian Juri Asian Wave, Eric Moo Gelar Shila Amzah Superstar

Pujian Juri Asian Wave, Eric Moo Gelar Shila Amzah Superstar

Pujian Juri Asian Wave, Eric Moo Gelar Shila Amzah Superstar

Wow.. Ini satu berita yang sangat bagus untuk di share kan dengan rakan-rakan pembaca yang lain.. Siapa yang dah baca Murai.com mesti dah tahu tentang hal ni.. Siapa yang belum, boleh baca di sini..

Persembahan Shila Amzah di pertandingan Asian Wave, Shanghai baru-baru ni menerusi lagu Forever Love nyanyian asal penyanyi Lee Hom telah berjaya menarik perhatian juri dan penonton yang mengikuti program ini.. Malah, salah seorang juri pertandingan ini iaitu Eric Moo telah melabelkan Shila sebagai seorang Superstar berjaya membuatkan penonton rasa meremang dengan nyanyiannya itu.. Lebih menarik lagi, Eric Moo berjanji akan menunjukkan persembahan Shila kepada Lee Hom..

"Saya berjanji akan mencari jalan agar Lee Hom mendengar sendiri Forever Love versi Shila Amzah.. Pada malam ini, saya telah mendengar sebuah nyanyian dari Shila yang meremangkan bulu roma saya.. Bagi saya, Shila adalah next Superstar.. Saya tidak kira.. Saya tetap merasakan awak adalah Superstar Shila.. Sekarang ini awak sudah pun menjadi Superstar.." Eric Moo

Bertegas dengan pandangannya itu, Eric memberitahu bahawa sememangnya Shila layak memegang gelaran Superstar..

Respon Shila Amzah sendiri,  dengan rendah hati tidak menyangka pujian sebegini akan terpancul dari mulut Eric yang berpengalaman besar dalam industri muzik China.. "Ya, saya tidak terfikir Eric boleh mengkategorikan saya sebegitu. Masih jauh lagi," Shila Amzah..

Mungkinkah Shila akan bergelar juara dan mengharumkan nama negara? Kita tunggu dan lihat.. Nak tengok VIDEO persembahan Shila Amzah semasa di pertanding Asian Wave? Klik entri INI..


4 comments:

  1. Suara Shila memang mantap...
    Tahniah buat beliau dapat pujian sebegitu

    ReplyDelete
  2. mula gemar dengan lagu2 shila sejak tonton drama puteri salju...

    **thanx sebab drop by kt blog saya...dah follow sini sebelum ni...salam perkenalan ^_^

    ReplyDelete
  3. shila memang best lerrr huhuhu dari dulu lagi suara dia memang meletop! huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. dah tengok shila nyanyi memang Terbaekkk la..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.