Tuesday 11 September 2012

Kes Kawan Makan Kawan ! Diikat dan Dibogel !

Kes Kawan Makan Kawan ! Diikat dan Dibogel !


Kes ni dipaparkan dalam Harian Metro hari ni.. Kes kawan makan kawan.. Sadis betul la.. Dunia sekarang, kalau nak berkawan pun, kena la pilih yang betul-betul boleh dipercayai.. Fuh! Jom baca sikit kisah  Kawan Makan Kawan ni..

Kes ni berlaku di KUALA LUMPUR.. Demi RM4,000, seorang lelaki dibantu lima rakan berusia dalam 30 tahun bukan saja sanggup memerangkap rakan baiknya sendiri yang bertemu semula selepas 10 tahun, sebaliknya turut menyeksa mangsa hampir tujuh jam selepas dikurung di sebuah flat di Chow Kit..

Dalam kejadian jam 10 malam, 4 September lepas, mangsa berusia 32 tahun disebat dengan wayar elektrik selain dipukul dengan batang mop.. Malah, mangsa dibogelkan sebelum gambarnya dirakam menggunakan telefon bimbit..

Sepanjang ditawan, mangsa disuntik sejenis cecair dipercayai dadah sebelum suspek meminta RM4,000 sebagai syarat pembebasannya.. Mangsa bagaimanapun, berjaya melarikan diri pada jam 7 pagi keesokannya ketika dibawa dua suspek ke pejabatnya untuk mengambil wang yang dituntut.. SUMBER berita ni dari HARIAN METRO..

4 comments:

  1. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete
  2. itu haiwan semuanya. Ya Allah, semoga mereka dapat balasan.~~

    ReplyDelete
  3. Apa nak jadi dengan dunia sekarang nie...Sepatutnya sebagai kawan, kita hendaklah saling melindungi bukannya menyakiti :-(

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.