Friday 7 September 2012

Ketahui Sebab Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan

Ketahui Sebab Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan

Ketahui Sebab Nurul Syuhada Nurul Ain Letak Jawatan

Gambar di atas Eraz snap daripada Kosmo hari ni.. Mesti sebelum ni dah ramai yang tahu Nurul Syuhada sudah meletak jawatan sebagai Kakitangan Sepenuh Masa di TV3.. Mengikut Nurul, semua perkara tu berlaku bukan disebabkan oleh kontroversi INI dan Nurul sendiri telah membuat Penjelasan dan Permohonan Maaf Nurul Syuhada Nurul Ain Kepada Penduduk Bintulu.. Perletakan jawatan tersebut telah dibuat sebulan yang lalu..

Menurut Nurul, beliau mengambil keputusan itu adalah kerana mahu memberi lebih tumpuan kepada keluarga dan bercadang untuk memnyambung pelajaran ke peringkat sarjana samada dalam bidang psikologi atau tamadun islam.. Beliau telah meletak jawatan sebagai kakitangan sepenuh masa TV3 tetapi selepas ini dia hanya akan terlibat sebagai pengacara Malaysia Hari Ini.. Tambah Nurul lagi, keputusan tersebut sedikit mempengaruhi oleh hasrat suaminya untuk menimang cahaya mata setelah lebih setahun berkahwin..

Dalam kosmo hari ini juga ada berita 'Pelbagai pihak di Sarawak simpati dengan Nurul Syuhada'.. Antara yang meluahkan rasa simpati ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang merangkap Ketua Pemuda Barisan Nasional Sarawak, Datuk Fadillah Yusof..

--------------------------------------------

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.