Friday 21 September 2012

Juara Asian Wave, Shanghai 2012 - Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM 1 Juta & Dapat Tawaran Undangan Konsert di China, India

Juara Asian Wave, Shanghai 2012 - Shila Amzah Terima Wang Dana Lebih RM 1 Juta & Dapat Tawaran Undangan Konsert di China, India



Sedia maklum, korang semua mesti dah tahu tentang kemenangan Shila Amzah dalam pertandingan Asian Wave 2012.. Dah tengok video persembahan Shila di sana? Klik (VIDEO) Persembahan Juara, Shila Amzah di Final Asian Wave, Shanghai 2012 ! dan koleksi  (VIDEO) Persembahan Shila Amzah di Separuh Akhir 'Asian Wave' Shanghai untuk persembahan mantap di Separuh Akhir.. Ramai yang bertanyakan berapakan ganjaran yang Shila dapat selepas menjadi juara.. Murai mendedahkan bahawa selain mengharumkan nama negara, juara Asian Wave 2012, Shila turut membawa pulang dana bernilai lebih RM1 Juta..

Menjelaskan mengenai hadiah berkenaan, Shila yang dihubungi murai.com.my sebentar tadi memberitahu, wang dana berkenaan merangkumi rakaman album, konsert, promosi dan pelbagai rangkuman lain berkaitan karjayanya sebagai penyanyi di China.. Shila juga bakal menyertai sebuah konsert yang dijadualkan berlangsung pada 24 September ini dan memberitahu banyak perkara baru dipelajarinya sepanjang pertandingan..

"Sejujurnya, Shila tidak terfikir tentang hadiah. Shila hanya mahu mengharumkan nama negara dan menyertai pertandingan ini.. Shila pun mahu berjumpa dengan rakan kenalan yang baru. Setahu Shila, Shila akan menerima sejumlah wang dana yang masih belum diketahui nilainya.. Pun begitu, Shila dimaklumkan pihak penganjur bahawa hadiah itu bernilai lebih sejuta ringgit.. Hanya esok (22 September) Shila akan ketahui hadiah sebenar kerana Shila akan berunding dengan pihak penganjur.. Apapun, Shila bersyukur dengan kemenangan ini.. Sebelum bertanding, ayah ada berpesan supaya jangan memikirkannya sebagai satu pertandingan.. Sebaliknya, ayah menasihatkan agar Shila hanya fikirkan ianya sebagai satu persembahan yang telah biasa dibuat.."

"Dari segi populariti, pihak media di China meramalkan peserta tuan rumah yang bakal meraih kemenangan.. Bagaimanapun, melihat dari penjurian juri profesional, pihak media China dari awal lagi telah meletakkan Shila sebagai juara.. Setakat ini, Shila mendapat pelbagai tawaran di sini. Malah, tawaran ini sudah pun diterima sebelum Shila diumumkan sebagai juara.. Sesungguhnya, Shila mendapat masa yang gemilang di sini.."

"Shila lebih bersyukur apabila Shila lebih dikenali kerana Shila satu-satunya peserta yang memakai tudung.. Semua pihak di sini menerima Shila dengan baik dan tidak wujud perasaan dengki sama sekali.. Juri daripada India berkata, bahawa dia mahu Shila ke peringkat antarabangsa.. Malah, dia sendiri ada menjemput Shila untuk menyanyi di India.. Seorang lagi juri iaitu Eric Woo juga telah menempah saya untuk menyanyi bersamanya di konsert solonya yang bakal berlangsung pada November dan Disember depan. Terus-terang, Shila sangat gembira.. Disebabkan semua tawaran ini, Shila akan mengambil kelas Mandarin. Selepas ini pun, Shila akan kerap berulang-alik ke China.." - Shila Amzah

Tahniah Shila Amzah.. Disaat nama tengah memuncak disana, masa ni la masa yang sesuai untuk dia mencipta nama di peringkat Antarabangsa..


2 comments:

  1. maka akan putus la hubungan shila ngan sharnaaz macm yuna..

    ReplyDelete
  2. free2 je daapt 1 juta..untungnyaa...

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.