Saturday 15 September 2012

Anugerah Blockbuster



Anugerah Blockbuster?! Satu lagi anugerah yang akan muncul dalam industri hiburan Malaysia.. Anugerah Blockbuster merupakan satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton.. Anugerah yang menyenaraikan 13 kategori dan melibatkan hampir 40 pencalonan bagi setiap kategori menggunakan 100% undian darpada peminat dan penonton..

Untuk fasa pertama pengundian, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster.. Proses undian akan dijalankan bermula 3 September 2012 hingga 18 September 2012.. Pengundi hanya perlu berdaftar di laman sosial Facebook untuk mengundi..

10 calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori akan layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan melalui online dan juga sistem pesanan ringkas.. Keputusan akan dikira bedasarkan 50% daripada undian SMS dan 50% lagi dari undian secara online. Pemenang bagi undian fasa kedua akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blockbuster, 6 Oktober 2012 secara langsung dibawakan oleh siaran Astro Ria (104)..

Kategori

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.