Wednesday 13 June 2012

TERKINI : Kisah Siti Fazurina (Pelakon DUNIA ANITA TV3) Kini Bertudung, Alhamdulillah..

Siti Fazurina (Pelakon Dunia Anita TV3) Kini Bertudung, Alhamdulillah..

Wajah terbaru Fazurina

Alhamdulillah, seorang lagi artis wanita kita kini bertudung.. Katanya, keputusan itu tidak dipaksa oleh sesiapa sebaliknya ia datang ikhlas daripada hatinya sendiri dan telah lama berniat untuk berbuat demikian.. Dia mengambil keputusan untuk mengenakan hijab selepas menyambut ulang tahunnya yang ke 30, pada 9 Jun lalu..

Apa yang diberitahu kepada mstar, "dia ada mendapat tawaran berlakon dari sebuah produksi sebagai watak utama untuk siaran TV3 baru-baru ini namun terpaksa menolak kerana pengarah mahu dia membuka tudung. "Saya boleh terima kerana ia watak utama dan akan ditayangkan di TV3 tetapi terpaksa menolak kerana saya mengenakan hijab bukan suka-suka. Tidak mengapa kerana ia bukan rezeki saya buat masa ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, dia sangat teruja apabila bakal muncul dengan projek pertama di bawah syarikat produksi miliknya iaitu Tripix Studios Sdn Bhd yang telah beroperasi sejak beberapa bulan yang lalu. Fazurina berkata, jika segalanya berjalan lancar, syarikat produksinya akan memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Hana yang akan diarahkan oleh Zulkifli M. Osman.

"Alhamdulillah, setelah beberapa tahun berlakon ini adalah perkara paling terbesar yang bakal saya lakukan. Insya-Allah, harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.

Fazurina juga turut membawa peranan utama dalam drama bersiri itu selain bertindak sebagai penerbit.

Bercakap lanjut mengenai kerjaya seninya, Fazurina baru sahaja selesai menjalani penggambaran musim terbaru drama Trilogi Cinta untuk RTM sebanyak 40 episod yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain itu, filem Baik Giler gandingannya bersama Zizan Razak dan Awie bakal menjengah pawagam pada 28 Jun manakala filem Hantu Bukit Cina bakal ditayangkan pada akhir tahun ini."

10 comments:

  1. sejuk hati ...insyallah , kitew doakan dye akan berubah lebih baik , dan lebih baik lagi ...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah =)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum eraz....alhamdullilah seronok dengar artis2 skg sudah bertudung...:)

    ReplyDelete
  4. da bertudung skrg.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...skrg dah ramai artis dah pakai tudung..harap2 berkekalan la niat diorg tu...aminn

    ReplyDelete
  6. thanx for comment.. ;) ITULA, harap2 makin ramai selebriti kita bertudung nanti,, ;)

    ReplyDelete
  7. Teringat Fazurina ni posing untuk cover majalah Remaja tahun 2000 dulu.memang cute dia ni tapi sekarang baguslah dah bertudung lepas lama tak nampak kat TV.harap kekalkan.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah....nampak semakin berseri-seri terutama apabila bertudung :)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.