Friday 15 June 2012

SINOPSIS Drama 'Waris' di TV3 Mulai 14 Jun 2012

Sinopsis Drama 'Waris' di TV3 Mulai 14 Jun 2012 Lakonan Emelda Rosmila, Hairi Othman, Umie Aida, Kuza, Fizz Fairuz, Fadzrin Danial, Mozalfa Faisa, Syamiem Alnisa dan Liza Shadan


Seperti yang korang tahu, drama Waris ni ialah kesinambungan drama Kekasihku Seru.. Drama Kekasihku Seru telah menang Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2009.. Drama ni arahan Kabir Bathia dan pelakon untuk drama Waris ini adalah pelakon yang sama dari drama Kekasihku Seru. Antara pelakon lama yang dikekalkan ialah Emelda Rosmila (Marisa), Hairi Othman (Waris), Umie Aida (Mas Suri), Kuza (Mas Ayu) dan Fizz Fairuz (Rashad).. Manakala pelakon lain yang turut membintangi drama ini ialah Fadzrin Danial (Amar), Mozalfa Faisa (Fariz), Syamiem Alnisa (Sarah) dan Liza Shadan (Aida)..

Sinopsis Drama 'Waris'

Satu hari selepas 10 tahun kemudian, Rashad & Marisa telah membawa anak mereka, Amar bercuti di Terengganu. Dalam perjalanan, mereka telah terserempak dengan sebuah upacara pengebumian di mana seorang wanita telah dibunuh dengan kejam dan telah meninggalkan seorang anak perempuan kecil bernama Sarah.

Pada hari yang sama, Amar yang sedang bermain di tepi pantai telah hilang dari penglihatan mereka. Selepas dijumpai, Amar terkena sawan dan doktor mengesahkan Amar normal selepas melakukan pelbagai ujian. Sejak itu Amar telah berubah sikap dan menjadi murung serta mudah marah.

Apakah yang telah berlaku pada Amar? Adakah Waris telah bangkit semula? Siapakah Sarah yang sebenarnya? Dan berjayakah Mas Suri membebaskan keturunannya dari ancaman hitam Waris?

--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

3 comments:

  1. assalamualaikum eraz....best juga jln cite ni sambungan dr kekasih ku seru...:)

    ReplyDelete
  2. Dari sinopsis yang diberi nampak menarik.. Cerita kekaih ku seru dulu MM tgk sampai habis.. =)

    ReplyDelete
  3. waris yg sebelom nie cik eyla tgk sampay episod akhir. mmg best citer nye

    sambungan waris yg baru nie xkan dilepaskn tgk hehe

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.