Monday 4 July 2016

Alif Satar Pengacara AF 2016 ?

Assalamualaikum w.b.t.. Siapa ada baca Harian Metro hari ini? Salah berita di ruangan hiburan tu menulis tentang desas desus gosip yang mereka dengar bahawa Alif Satar akan diumumkan sebagai pengacara AF 2016.. Kalau betul ini berlaku, memang tahun ini rezeki Alif Satar.. Bab pengacara memang kita dah biasa tengok kan.. Di Astro, di TV3.. Kalau di Astro, program popular dia Meletop Kebaboom.. Kalau di TV3, for sure la Clever Girl.. Kedua-dua program siaran langsung tu..

Alif Satar Pengacara AF 2016
Alif Satar Pengacara AF 2016 ?

Dengan nama dia disebut-sebut kerana lakonan bersama Siti Nordiana dalam Dia Semanis Honey.. Lepas Dia Semanis Honey tu, muncul di hari raya ni, Dia Semanis Honeymoon dan Dia Semanis Honey Raya.. Rasanya berdasarkan pada rekod bidang pengacaraan dia dan populariti dia tahun ni, memang tepat kot pilihan Astro.. Tapi berita ni belum sahih lagi.. Tapi juga selalunya berita macam ni sebenarnya dikeluarkan selepas wartawan mendapat info dari orang Astro sendiri.. Haha..

Tapi katanya juga bukan Alif seorang akan mengemudi program AF 2016 tu.. Salah seorang dari pengacara yang lepas pun sama akan join sekali.. Antara Zizan Raza atau Faizal Ismail, itu mereka tak de beritahu lagi.. Pengacara Diari AF 2016 pun belum diumumkan lagi.. Kalau ikutkan permintaan, nak je Astro kembalikan Jihan Muse kan selepas tahun lepas Nana yang ambil.. Tapi itu hanya satu permintaan je la kan.. Apa-apa pun, kena tungguuuuuuu..

#Macamana kalau Astro ambil Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara AF 2016? Hehe..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.