Kelab Blogger Ben Ashaari

Sunday, 3 July 2016

Bila Didi & Friends Berbayar di Astro First

Assalamualaikum w.b.t.. Didi & Friends.. Siapa yang tak kenal? Rasanya majoriti yang baca entri ni tahu akan rancangan Didi & Friends di Astro kan.. Semasa di awal kemunculan rancangan ni dulu, semua free.. Ya la, kita dah bayar bulan-bulan kepada astro, dapat tonton bersama anak di Astro Ceria, kira ok la kan.. Tapi, mesti ramai yang tahu juga, Didi & Friends sekarang dah tak de lagu baru di Astro Ceria.. Lagu mereka dah kena bayar di Astro First untuk tengok dan hanya untuk 5 hari sahaja.. Korang rasa berbaloi ke?

Dah la kita bayar bulan-bulan beratus-ratus, then baru ni ada pula sampai email kata kena up bayaran untuk Astro's Sports Package walaupun ada dalam pakej Super Pack 1.. Rasa macam pelik je.. Dan baru ni, dalam pada menunggu lagu baru dari Didi & Friend, kesukaan anak-anak, kena bayar la pulak.. Rasanya mungkin ramai yang seangkatan dengan Eraz akan say No untuk membuat bayaran.. Lepas rela tunjukkan pada anak video lama yang direkodkan..


Zara dengan Adam memang salah seorang peminat Didi & Friends ni.. Setiap pagi sebelum pergi nursery, mereka ada masanya duk layan Didi & Friends sementara tunggu Mama Papa siap.. Dan dalam kereta pun layan juga.. Dalam youtube pun ada kan.. Dan bila sekarang nak dengar lagu baru kena bayar, memang tak la kan.. Dah la untuk 5 hari je.. Bukan 24 jam tengok kat TV kan.. 

Ini la orang kata, dari free dan bila mendapat sambutan meletup dari rakyat Malaysia, terus ditukarkan kepada berbayar.. Nasib la badan sebab perniagaan.. Dan tidak mustahil la wujud di laman web untuk download bagai kan.. Hehe.. So anak-anak, kita layan dulu la video-video dan lagu-lagu lama yang ada.. Still boleh layan kan.. Better Papa beli susu or pampers untuk anak-anak dulu daripada langgan.. Hehe.. Suka tengok gelagat Adam bila tengok Didi & Friends..

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.