Kelab Blogger Ben Ashaari

Saturday, 2 July 2016

Air Paip dah macam Air Teh

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya hal ni berlaku dalam seminggu dua ni kot.. Air Paip yang direct dari bekalan Air Kelantan memang sangat-sangat merisaukan sekarang.. Selain banyak pakaian kami kotor teruk, sumber air untuk minum dan memasak pun terganggu.. Tak kan la nak buat susu anak dengan air yang macam tu walaupun di masak kan.. Kita sendiri pun tak tergamak nak minum, inikan pula nak bagi pada anak-anak kita.. Nak masak nasi pun sama.. Tak memasak pun dah jadi tak selesa.. 


So sebab memang berlarutan je, terpaksa la membuat aduan kepada Air Kelantan.. Orang-orang lain tak pasti la buat aduan ke tak.. Bila dah buat aduan, alhamdulillah memdapat respon yang baik dan beliau meminta kami tengok keadaan sehari dua ni macamana.. Mereka akan cuba buat sesuatu pada loji yang berdekatan dengan kawasan taman kami.. Harapnya selesai la cepat..

So sekarang, nak basuh baju pun kena salurkan air jangan kena pada pakaian.. Rugi masa di situ.. Jika tengok dah tak larat nak basuh, terpaksa la bawa ke rumah Mertua.. Guna air dan mesin di sana pada hujung minggu.. Nak minum, masak or susu anak? Terpaksa la beli air di luar khas untuk itu.. Dan nak rebus botol susu anak pun sama, kena la guna air yang dibeli..

Dengarnya sebelum ni, air berkarat ni bukan di kawasan kami je.. Ada lagi di kawasan-kawasan lain.. Masalah loji.. Katanya juga telah dibersihkan dan air berkarat tu sekarang adalah sisa-sisa.. So disebakan kami membuat aduan, so pihak mereka meminta No. Bil untuk semak loji mana yang berdekatan dan akan datang ke tempat itu untuk bersih kan.. 

Sayang giler tengok baju or pakaian yang berkarat macam air juga.. Kalau lepas basuh tu perasan, ok la lagi kan, boleh la basuh sekali lagi secara manual.. Tapi kalau tak ternampak dan sedar masa pakaian tu dah kering, tak ke frust.. Tambah-tambah kalau terkena pada baju putih atau baju kerja.. 

2 comments:

  1. teringat pengalaman stay di kelantan 3taun dulu.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.