Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 15 July 2016

Dua Permata Hati | Zara & Adam

Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah.. Tak sangka sekarang ni dah ada dua permata hati anugerah dari Allah.. Berkahwin pada tahun 2011, dapat Zara Faleesya pada tahun 2013 selepas isteri keguguran buat kali pertama selepas 2 bulan kahwin.. Rezeki anak kedua Allah berikan lagi pada tahun 2015 tanpa kami rancang dan sedar.. Tup-tup wife rasa macam sesuatu yang lain dari yang lain pada diri dia dan buat test, memang warna merah naik merah menyala.. Alhamdulillah..


Sekarang ni Adam dah berumur setahun.. Dah dapat berjalan.. Cepat dari kakak dia.. Zara dulu setahun 3 bulan baru dapat berjalan.. Adam yang memang terlebih aktif.. Al-maklum la anak lelaki.. Sebelum ni jaga anak perempuan kan.. Manja pun terlebih ni.. Badan pun sado.. Baru-baru ni satu malam, masa Mama dia dan Zara mandi, Eraz dan Adam duduk kat ruang tamu.. Sepatutnya si Papa ni tak boleh tidur, tapi disebabkan duduk dalam keadaan selesa dan letih bebenor kat office, tertidur atas karpet depan TV.. Sekali Adam yang turut sama penat agaknya, tak sedar pun yang di tertidur sama dengan kepala di perut Eraz..

Terlebih manja budak ni.. Tapi nasib baik juga dia tidur sebab kalau tidak, entah ke mana dia pergi.. Dia mungkin juga tertidur sebab bosan kot tak de kawan.. Sekali tertidur cara macam tu.. Sedar-sedar wife keluar dengan Zara tengok keadaan kami tu dan cepat-cepat kejut Eraz dan ambil Adam sebelum Adam sakit tengkok.. Ya la.. Badan kita besar kot dari dia.. Berbantalkan perut kita yang best tu, badan di atas karpet, tak ke boleh sakit kalau lama-lama.. So tidur lah Adam sampai ke pagi malam tu..


Zara Faleesya yang nak masuk 3 tahun hujung bulan ni alhamdulillah, berprogress yang sangat baik.. Dengan umur dia yang baru nak masuk 3 tahun, kami dapat rasanya yang dia memang patut masuk tadika dah tahun 2017 ni.. Rugi kalau dilepaskan peluang untuk berikan pendidikan normal.. So kami dah daftarkan dia di satu tadika di KB ni dan awal Januari nanti akan mula.. So pada hujung Julai ni, sempena birthday terakhir dia di nursery yang dia duduk sejak umur 3  bulan, wife decide nak buat satu majlis hari jadi..

Dah bincang dengan owner nursery dan mereka bersetuju.. Kami akan sediakan kek.. Insyaallah akan tempah kek Minion sebab Zara memang suka minion.. Lepas tu, nak sediakan la sikit goodies untuk anak-anak lain kat situ.. Alhamdulillah sepanjang Zara di situ, semua berjalan lancar.. Sehingga sekarang dia suka ke nursery sebab dah pandai berkawan dan ingat nama kawan-kawan.. Dengan sepupu sepapat pun dah boleh jadi geng kalau nak compare dengan dulu-dulu, kalau ke rumah atok nenek, mesti berkepit dengan Mama Papa je.. Alhamdulillah..

Cara bermain dua beradik ni? Ada kala serasi sangat bermain.. Ada kala, gaduh je keje.. Haha.. Tapi kalau main asing-asing, corak permainan tu memang nampak berbeza.. Kakak Zara lebih suka yang permainan anak-anak gadis.. Bear bear, patung dan sewaktu dengannya.. Adam pula nampak dia lebih suka main bola.. Kereta dan sewaktu dengannya juga.. Memang corak permainan tu berbeza.. Dah namanya pun lelaki dan perempuan kan.. 

Apa-apa pun, alhamdulillah.. Anak ketiga? Hehe.. Sabar dulu kot.. Tapi kalau rezeki, tak de masalah.. Semua yang diberikan oleh Allah itu ada sebabnya kan.. Wassalam..

4 comments:

  1. budak2 ini gaduh-gaduh syaang, tapi bestnya tiada dendam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. biarlah salah seorang menangis pun.. Atau pun dua-dua menangis pun ada..

      Delete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.