Kelab Blogger Ben Ashaari

Wednesday, 13 July 2016

Nasi Lemak RM 2

Assalamualaikum w.b.t.. Dalam pada seronok beraya dan bila tiba masa masuk office, mesti ada rasa macam kelam kabut kan.. Sebabnya bila dah lama cuti, masuk je office, pasti banyak benda nak kena settle.. Itu nasib baik yang sepatutnya siap sebelum cuti Raya dah settle.. Kalau tak, lagi la kalut kan.. Memang terjadi kepada ramai orang macam ni.. Dan satu lagi tentang kedai makan..

Biasa lah kalau dah cuti raya, kedai makan kebanyakkan memang dah tutup.. Kedai yang biasa kita beli breakfast tu tutup lagi.. Try lalu tengok tutup.. Dalam kepala duk fikir kat mana la nak beli.. Bila dah terpaksa juga beli sebab tak sempat nak breakfast kat rumah, beli la di kedai yang tak pernah beli kan.. Itu pun kena cepat sebab kalau dah banyak kedai tak buka, kedai yang buka tu macam 'pisang goreng panas' la makanannya.. 

So hari ni plan nak beli nasi lauk paru-paru goreng merah.. Sebab dah lama kot tak makan.. Sepanjang puasa kedai tu tutup.. Tapi masa hantar budak-budak pergi nursery tadi, tengok kedai masih tutup.. Ramai betul tauke-tauke kedai masih bercuti raya ni.. So terpaksa la beli nasi lemak RM 2 di gerai depan office ni.. Makan tengahari? Kena la keluar dengan kereta kot cari..


Puasa 6? Yes.. Memang dalam plan.. Insyaallah kalau tak de halangan.. Tapi hari ni belum mula lagi.. Ada staf di pejabat ni dah mula.. Ingat nak puasa sama-sama dengan wife sebab dia pun nak ganti puasa juga kan.. Leh la sahur dan berbuka bersama-sama.. Biasanya kalau puasa 6 zaman bujang dulu, takdenya nak sahur-sahur.. Zaman di u, kadang-kadang sahur pun skip.. Tapi alhamdulillah, memang Allah bagi kekuatan puasa penuh lagi.. Alhamdulillah..

So korang, dah ada plan nak makan tengahari kat mana ke?

#Rupanya banyak juga entri Nasi Lemak dalam blog ni.. (( SINI ))

3 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.