Sunday 10 July 2016

Sekadar Main Bunga Api

Assalamualaikum w.b.t.. Mercun dan Bunga Api satu benda dan barang berbeza ya.. Hehe.. Mercun ni memang sangat bahaya dan akan menyebabkan juga pencemaran bunyi.. Tapi bunga api sekadar mainan untuk kanak-kanak.. Walaupun hanya untuk kanak-kanak, pantauan dari orang dewasa sangat penting.. Malang ni tidak berbau kan.. So sama-sama kita berhati-hati..


Baru-baru ni pada satu malam, anak-anak nampak gembira betul dapat main bunga api dengan sepupu, anak-anak jiran dan mak saudara Zara dan Adam + Tok Ma.. Dan untuk pengetahuan semua, bukan Papa Eraz yang belikan bunga api tu, tapi mak-mak saudara Zara Adam yang beli.. Terima kasih ya mak-mak saudara..

Main bunga api ni bukan selalu.. Biasa nya nak hampir raya je ada peluang.. Baru ada feel kan.. Dan kalaulah beli banyak bunga api tu, janganlah keluarkan semua sekali gus ya.. Confirm akan habis terus sekelip mata.. Keluarkan lah sikit-sikit.. Simpan untuk esok lusa juga.. Budak-budak biasa la, selagi ada, selagi tu la nak main kan..

Teringat kalau zaman Eraz kecil-kecil dulu memang sangat gempak la.. Mercun ciptaan sendiri pun banyak.. Tapi masa tu, abang kepada Eraz memang sendiri ada sekali la kalau main.. Tapi sekarang dah diharamkan.. walaupun sudah diharamkan, masih ada yang berani bermain mercun membahayakan diri tanpa kawalan orang dewasa.. Sebab itu la berita akibat mercun, ada je setiap tahun kan.. 

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.