Tuesday 5 July 2016

Puasa Terakhir di Ramadhan 2016

Assalamualaikum w.b.t.. Mesti ramai dah mula cuti kan hari ni.. Tambah-tambah kalau terpaksa balik kampung jauh sikit.. Dan semestinya ada juga yang sudah sampai ke kampung halaman.. Alhamdulillah.. Pada yang bekerja macam Eraz ni, tak pe, kita teruskan kerja.. Lepas tu baru kita balik kampung ok.. Alhamdulillah, hari ni pihak HR dah hantar email kepada semua staf yang mana kami diberikan pelepasan setengah hari.. Yahooooo.. So pukul 1.30 pm, boleh la balik.. Boleh la terus mengemas itu ini kan..


'Ari wak tupak' ni ayat orang Kelantan.. Kalau sehari sebelum Raya, memang biasa kami akan menggelarkan hari berkenaan ialah Ari wak tupak.. Antara sebabnya ramai orang-orang kelantan dah mula buat ketupat sehari sebelum raya.. So pada pagi first raya, dah boleh makan ketupat tu.. Rasanya istilah ni ada di Kelantan je kot.. Negeri lain, Eraz tak sure..

Yang bekerja hari ni balik kampung mana? Macam Eraz, malam ni balik rumah mertua dulu, then lepas solat Raya esok, terus ke Machang.. Balik rumah Ma Abah.. Bermalam kat sana, lepas tu terus ke Terengganu pula.. Balik dari Terengganu, terus beraya di Kelantan sampailah masuk kerja.. Tahun nampak macam agak smooth je perancangan dan harapnya perlaksanaannya pun berjalan lancar jugak lah.. So!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog Eraz Fadli.. Maaf Zahir dan Batin..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.