Kelab Blogger Ben Ashaari

Thursday, 14 July 2016

Pukul 8.30 Pagi Dah Menguap ?!

Assalamualaikum w.b.t.. Perkara biasa ke kalau menguap pukul 8.30 pagi lagi? Kalau hari cuti ok la kot menguap masa ni.. Boleh tidur kan.. Itu pun kalau cuti sekali dengan wife la.. Kalau masa cuti tu wife kerja dan anak-anak ada bersama, memang tak boleh la nak tidur.. Layan la kalau masa bujang dulu kan.. Hehe.. Tapi hari ni di office.. Kerja as usual..

Semalam tidur agak lewat sikit.. Bangun pun agak awal sebab nak bersahur dan as usual kerja.. Sampai je office dalam pukul 8.15 pagi, on pc mula nak buat kerja, pukul 8.30 pagi dah mula menguap? Bukan sekali, tapi berkali-kali.. Haha.. Kalau tak puasa 6 mula hari ni, memang dah buat kopi siap-siap dah.. Ingatnya masa sahut tadi nak buat kopi, tapi masa tu air panas tak de la pulak.. So cancel.. Then hasilnya ialah sekarang ni.. Hehe..

Tabahlah wahai Eraz Fadli.. Small matter je mengantuk tu kan.. Sure ada cara nak kasi hilang mengantuk.. Kalau nak tidur, memang tak boleh la kan.. Mungkin akan kerap basuh muka.. Kadang-kadang ada ketika buka FB ke, IG ke, still mengantuk juga.. Boring.. Actually nak update blog pun macam tak de mood sikit pagi ni.. Tapi rasa macam sayang la pulak kalau tak update kan. So! Inilah hasilnya apa yang berlaku sekarang!


1 comment:

  1. tak mau mengantuk ambik wuduk dan dhuha , mesti segar lepas tu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.