Thursday 5 November 2015

Zahirah MacWilson Hampir Diculik di The Curve?!

Zahirah MacWilson Hampir Diculik | Assalamualaikum w.b.t.. Siapa Zahirah MacWilson ni? Dia boleh dikatakan pelakon baru yang jadi heroin drama ' Mencintaimu ' dengan Sharnaaz Ahmad sebelum ni.. Dengan lagu tema yang best, nyanyian Elizabeth Tan ft. Faizal Tahir bertajuk ' Setia ', memang drama ni salah satu yang menjadi bualan.. By the way, Eraz bukan nak cerita pasal dunia artis Zahirah MacWilson, tetapi sebab kes dia hampir di culik.. So ambil Zahirah MacWilson sebagai contoh.. 



Dengan apa yang hampir terjadi kepada Zahirah MacWilson ni, dinasihatkan kaum-kaum wanita semua sentiasa lah berhati-hati.. Tak kira lah kat mana korang berada.. Eraz pun ramai wanita tersayang disekeliling.. Wife, Zara Faleesya, Ibu, Kakak, Adik, Ibu Mertua, Adik-adik Ipar dan lain-lain, memang sentiasa kadang-kadang tu terfikir semasa mereka tidak berada di sekeliling kita.. Di masa sekarang, kes culik macam berleluasa sikit.. Senang je nampak mereka ni buat kerja.. 

So! Sebagai langkah berjaga-jaga, pertama sekali, berhati-hati dan elakkan berada seorang diri di kawasan-kawasan tertentu.. Dengan kata lain, kalau boleh sentiasalah berteman.. Orang kata, mengelak atau mencegah, lebih baik dari mengubati.. Kita ambil contoh yang terdekat ini ialah Zahirah MacWilson.. Hampir kena tapi alhamdulillah tak berjaya.. Boleh bayangkan apa perasaan dia sendiri dan keluarga.. Sama-sama kita beringat walaupun di mana kita berada.. Insyaallah..

3 comments:

  1. di mana pun kita, siapa pun kita harus berhati-hati, Farah ada terbaca, sekarang ni bukan sekadar kanak-kanak jer jadi mangsa culik... orang dewasa pun ramai dah kena culik, disebabkan mereka nak ambil organ dalaman... hu hu hu...scary kan?

    ReplyDelete
  2. tq abg eraz....takutlaa nak p mana mana sangat

    ReplyDelete
  3. erkkkkkkkkk....rasa nak peluk ank skrg

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.