Monday 30 November 2015

Yus Jambu Meninggal Dunia | Al-Fatihah

Assalamualaikum w.b.t.. Sebelum menulis apa-apa, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada pelakon dan pelawak Malaysia, Yus Jambu kerana telah meninggal dunia pada 12:30 pagi semalam akibat sesak nafas di Hospital Selayang.. Mula-mula dapat berita melalui group Whatsapp KBBA dan dalam percaya dan tidak sebab banyak berita palsu sekarang ni kan.. Jadi terus bukak Facebook dan Instagram.. Pertama sekali terjumpa berita ini di Instagram Jihan Muse.. Di Facebook dan twitter juga dah viral masa tu.. So memang disahkan perkara ini benar..


Satu berita yang mengejutkan sebab tak dengar pun dia sakit ke apa dan umur pun baru 39 tahun rasanya.. Apa-apa pun, perkara macam ni memang tak boleh dijangka sama sekali.. Perkara hidup dan mati telah ditetapkan oleh yang maha ESA cuma kita semua perlu bersedia menghadapinya.. Yus Jambu sememangnya salah seorang pelawak yang senang buat orang ketawa dan perginya dia mesti akan kosong satu tempat di hati semua peminat Yus Jambu..

Bila mendengar tentang pemergian seseorang akibat sakit jantung, memang membuat hati kita terfikir.. Jantung ni satu penyakit yang kadang-kadang kita rasa macam tak terfikir akan kena.. Dalam sihat-sihat pun ada yang terkena serangan jantung.. Sama-samalah kita menjaga kesihatan masing-masing.. Sekali lagi, Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.