Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 27 November 2015

Bila sesetengah kawasan Kuala Krai mulai banjir ..

Assalamualaikum w.b.t.. Kalau ikutkan berita, Kelantan berada di zon amaran merah bermula hari ini.. Jadi itu bermakna hujan akan turun dengan lebat.. Dan ianya terbukti bila bermula malam semalam, memang hujan turun dengan lebat dan berterusan sehingga sekarang.. Bila dah time macam ni, memang terimbas peristiwa setahun yang lepas la.. Tahun 2014 merupakan tahun terburuk dalam sejarah Kelantan dalam peristiwa banjir.. Kawasan yang tak pernah kena banjir pun terbabit sama.. Terakhir yang direkodkan tahun 2004.. Itu tak seburuk tahun lepas la..

Berita terkini memang sangat-sangat ditunggu untuk langkah berjaga-jaga.. Dan tiba-tiba terbaca berita yang ditulis oleh Harian Metro (27 November 2015) yang beberapa kawasan di Kuala Krai sudah dinaiki air.. Antara kampung terjejas termasuk Kampung Bedal, Kampung Bukit Sireh, Kampung Chenulang, Kampung Pasir Jering, Kampung Dusun Ban, Batu Pagar, Kampung Dusun Bunut dan Kampung Kebun Pisang.. Bila di situ dah naik air, memang macam-macam la boleh fikir.. Jadi apa yang boleh diharapkan ialah biar hujan berhenti dengan segera.. Tak dapat bayangkan kalau keadaan yang sama berlaku lagi.. Minta jauh.. Sama-sama kita doakan..

3 comments:

  1. risau pulak. harap harap tak teruk..kalau ingat balik tahun lepas..memang kesian..nak contact mak ayah kat kg pon susah..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah lindungi mereka di sana... aamiinn

    ReplyDelete
  3. hujan turun tanpa menunjukkan nak berhenti pun :(

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.