Monday 30 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 ini, Acong tersenarai di tangga terbawah sekali.. Dengan lagu Hilang Naluri nampak memberikan markah yang sangat rendah.. Tetapi disebabkan ada kuasa imuniti pada Dato' Seri Vida, Acong diselamatkan dan terus ke minggu depan untuk peringkat Separuh Akhir.. Tapi layak ke Acong dapat imuniti? Layak atau tidak, semua atas rezeki mereka kot.. Kalau la minggu depan peserta favourite tersingkir, so memang tak dapat diselamatkan lagi.. Bayangkan Farahdhiya ke, Haiza ke, Siti Nordiana ke, Ezad ke tersingkir? Haha..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7

Tetapi kalau diikutkan pemberian lagu tugasan Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 tadi, boleh katakan lagu yang sangat mencabar pada mereka.. Bayangkan Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu untuk Farahdhiya.. Mengapa untuk Siti Nordiana.. Sedalam Mana Cintamu untuk Azian Mazwan Sapuan.. Biar Putih Tulang untuk Nassier Wahab, Flora Cinta untuk Haiza, Tiada Lagi Kidungmu untuk Ezad.. Semua lagu best-best tu.. Memang masing-masing boleh menyerlah minggu depan untuk ke final..

Azian Mazwan Sapuan sekali lagi tersenarai di Bottom 2.. Kali ni dia tenang sangat berbanding minggu lepas dan dua minggu lepas.. Mungkin dah redha kot.. Tetapi rezeki membawakan lagu Ini Rindu masih berpihak pada dia walaupun dah 3 minggu berturut-turut di Bottom 2.. Ezad di tempat ke 5 dengan lagu Nakal tadi.. Mungkin biasa-biasa je kot pada juri.. Terbaik minggu lepas dengan lagi Secangkir Madu Merah dari Siti Nordiana berada di tempat ke 4 minggu ni.. Mendapat pujian dari Dato' Ramli MS sememangnya dijangka akan terselamat..

Haiza dengan mengubah lagi Kopi Dangdut ke genre yang lain mendapat tempat ke 3.. Nassier Wahab dengan Camellia II mendapat tempat ke 2 dan Farahdhiya dengan persembahan bertenaga lagu rock, Enter Sandman mendapat tempat pertama kali ini.. So semuanya dah dikomen.. Kita tunggu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 8 / Peringkat Separuh Akhir minggu depan.. Rasanya mesti 6 peserta ke final macam tahun lepas.. Siapa bakal tersingkir di minggu ke 8 atau Separuh Akhir ni? Semua ada kemungkinan.. 

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.