Kelab Blogger Ben Ashaari

Monday, 23 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 ini, Nizam Laksamana yang tersingkir.. Dengan lagu berhantu, Rindu Serindu Rindunya itu tidak dapat menempatkan diri dia di tempat Top 7.. Semasa kritikan dari juri, terkena turn juri undangan iaitu Pak Ngah.. Nampaknya semasa Pak Ngah memberi komen, dah hampir tahu siapa yang akan tersingkir.. Sejujurnya sememangnya persembahan Nizam memang kurang meyakinkan.. Mimik muka bak kata Tok Ram memang memainkan peranan.. Kalau takde, memang tak dapat nak feel..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6

Azian Mazwan Sapuan sekali lagi tersenarai di Bottom 2.. Memang nampak dari raut wajahnya yang sangat kecewa dengan kedudukan itu.. Tambah-tambah lagi minggu lepas pun berada di Bottom 2.. Lagu Laju Sebelum Berkembang tidak berjaya mendapatkan markah yang selesa untuk Azian.. Apa yang penting, persembahan terbaik minggu ni sekali lagi pada Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Ku Tak Akan Bersuara.. Kalau korang dengar persembahan dia malam ni, memang rasa macam teruja.. Memang hebat.. Ezad pula dengan lagu best Cinta Melankolian.. Kalau lahir di zaman Eraz, memang lagu ni berhantu la.. Tak tengok habis persembahan dia tapi keseluruhan komen juri memang best.. Cuma part akhir tu memang lain sikit dari asal sebab Ezad sakit tekak.. Farahdhiya sekali lagi mendapat pujian tetapi berada di tempat ke 3..

Dimana Kan Kucari Ganti dengan nafas baru oleh Farahdhiya memang mendapat pujian dari juri.. Seorang lagi yang ditunggu ialah Haiza.. Persembahan dengan lagu Patahnya Sayap Malam tu memang ok la.. Cuma tarikan dari segi vokal dan keseluruhan persembahan tak begitu tertarik.. Salah satunya sebab Haiza tak tersenarai dalam Top 3.. Tapi layak ke minggu ke - 7.. Artis lain yang perform lagi ialah lagu I' Be There - Nasir Wahab dan Benci Tapi Rindu - Acong..

Konsep Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7 nampaknya campuran dangdut dan rock.. Nampaknya memang mereka kena work hard la sebab majoriti bukab genre masing-masing.. Tapi kelebihan mungkin pada Haiza sebab dia dapat lagu dangdut.. Tapi bagaimana mereka nak dapatkan markah lebih? Tambah-tambah lagu dangdut kan.. Tunggu dan lihat Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 7..

1 comment:

  1. tak dinafikan anna nyanyi sangat hebat semalam..dengan ezad lazim..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.