Sunday 15 November 2015

Kalau Dulu #8 | Komputer Second Hand - 2002

Assalamualaikum w.b.t.. Tiba-tiba di hari Ahad ni nak throwback sikit ke tahun 2002 atau 2003 lepas.. Masa tu Eraz sambung degree di USM Penang.. Pasal apa? Kalau tengokkan tajuk, ada mention pasal Komputer Second Hand kan.. Hehe.. Bukannya.. Ramai pelajar-pelajar sekarang ni, dapat je sambung belajar di peringkat diploma ke degree ke, for sure akan dapat pc baru or laptop baru kan.. Betul kan? Ada tu sekali pakej dengan internet maksudnya broadband dan lain-lain.. Ok, tak de masalah.. Cumanya..


Cumanya nak minta pelajar-pelajar sekarang menghargai apa yang mereka dapat sekarang kerana berbanding dengan dulu-dulu, bukan senang dapat masuk U je, terus akan dapat PC or laptop baru.. Lain la masa tu memang dia ada ibu bapa yang mampu.. Kami yang anak kampung ni, terpaksa stay back di Makmal Komputer untuk siapkan assignment dan project.. Kalau tak, CC la jawabnya.. Alhamdulillah, bagi yang berjaya kumpul duit, selepas Sem 2 atu 3, mampu la beli komputer second hand yang slow giler.. Tapi syukur sebab menolong kerja seharian sebagai pelajar..

Tapi sekarang, komputer tu memang dah out.. Hehe.. So bersyukurlah wahai pelajar-pelajar zaman sekarang dengan kemudahan yang korang dapat.. Tambah-tambah dapat kemudahan tu dari hadiah ibu bapa.. Guna sebaik mungkin dan dapat skrol terbaik untuk dihadiahkan.. Insyaallah.. FOr sure masih ada pelajar di zaman sekarang yang tidak ada PC or laptop kan.. Jangan rasa down or redah diri, ada banyak kemudahan yang universiti sediakan.. Kalau abg-abg kakak-kakak dulu boleh, mesti korang boleh juga!

BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.