Monday 16 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya untuk malam Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5 ini, Amir Ukays yang tersingkir.. Sejujurnya, masa Amir Ukays buat persembahan untuk lagu Yank di permulaan konsert tadi (persembahan pertama di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5), Eraz sendiri dah beritahu wife yang Amir ni mungkin tersingkir.. Tak akan terkejut pun kalau dia tersingkir.. Sekali betul.. Errmmm.. Kenapa? Sebab di mata 'juri' tidak profesional ni, persembahan dia malam ni memang tak de 'semangat'.. Biasa-biasa je.. Dia pun macam kurang tenaga untuk perform.. Mungkin rezeki dia hanya di situ..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5
Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 5

Apa-apa pun, selain Amir Ukays, ada lagi beberapa yang membuat persembahan yang biasa-biasa je.. Tak tahu kenapa minggu ni.. Azian Mazwan Sapuan dengan lagu Wajah Siapa Di Hatimu pun mendapat sedikit kritikan dari juri yang mana Azian di antara bottom 2 kali ni.. Memang wajah dia sangat neves masa menantikan keputusan.. Masa persembahan Azian, satu-satunya penari dia macam terlonggar pengikut di perut.. Terganggu tarian nampaknya.. Hehe.. Acong dengan Memburu Rindu pun sama mendapat sedikit kritikan walaupun di kategori bagus..

Persembahan yang best di mata penonton ialah Haiza dengan lagu Rela.. Memang persembahan dia memukau.. Pakaian dan gaya penyampaian memang meyakinkan.. Siti Nordiana dengan lagu Nirmala pun macam ok sebab nama pertama yang disebut semasa pembahagian lagu di Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 ialah Siti Nordiana.. Errrmmmm.. Dato' Ramli memang puji Siti Nordiana malam ni.. Dia kata bagi je lagu apa pun.. Dia akan buat sebaik yang mungkin..

Nassier Wahab dengan lagu berhantu Dayang Nurfaizah, Di Pintu Syurga.. Dato' Jamal dan Dato' Kat ok, katanya best.. Tapi Dato' Ram tak suka.. Haaaaa.. For sure la ada yang tak kena mana-mana kan.. Orang profesional katakan.. Dia sebut pasal low part.. Ezad Lazim pula dengan Gerhana Cinta Luka yang mana dapat kritikan tidak faham akan lagu tu.. Nizam Laksama pula dengan Misteri Mimpi Syakila.. Dato' Ram komen pasal muka tak ekspresi muka tak de.. Hehe.. Last, Farahdhiya yang mana ramai menjangka kan dia akan menjadi Juara Gegar Vaganza 2015 ni.. Dia nyanyi lagi Mencintaimu.. Farahdhiya dapat sedikit komen pasal low note jugak minggu ni..

Nabil macam biasa style dia mengacara dan nampaknya malam ni, teruk Jihan Muse kena bahan dengna Nabil.. Macam dah jadi mangsa dah dia malam ni.. Part last yang dikatakan kejutan untuk pengacara ialah diumumkan Raja Azura dan Salleh Yaacob akan gantikan Nabil dan Jihan minggu depan.. Rasanya itu mungkin gimik je.. Giler nak buang Nabil dan Jihan untuk salah satu faktor rating Gegar Vaganza ni meletop.. Mungkin Kak Engku dan Salleh Yaacob mungkin menyanyi je. Itu mungkin je la.. 

Apa-apa pun, tunggu je la Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6 nanti.. Senarai lagu Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 6? Tak larat nak listkan.. Hehe.. BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.