Monday 2 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 3 | Assalamualaikum w.b.t.. Berdasarkan apa yang berlaku minggu lepas, lagu-lagu tugasan yang diberikan kepada semua peserta, memang semuanya diluar bidang genre masing-masing.. So memang secara automatiknya akan menampilkan sesuatu yang lain dari yang lain.. Tetapi bergantung kepada persembahan mereka la kan.. Kalau OK, mantap la jadinya.. Kalau tak OK, memang ke laut la jadinya.. Jadi memang minggu ni teruja sikit la nak tengok kan.. 


Setelah menonton keseluruhan, memang minggu ni seolah menyeksakan mereka untuk membuat persembahan.. Tapi disebabkan mereka profesional, memang ianya berjalan macam biasa.. Kalau ditengokkan semua, Haiza nampaknya mungkin ditangga teratas sebab komen yang diberikan serta persembahan dia untuk genre rock tu memang menjadi.. Siti Nordiana, not bad sebab Dato' Ramli MS memberikan komen positif.. Seorang lain yang ditunggu ialah Azian Mazwan Sapuan.. Dapat lagu Tak Ada Logika kot.. Dan dia buat dengan baik..

Lain-lain pun ok macam Farahdhiya.. Dato' Ramli MS kata semua ok, takde cacat cela cuma katanya jiwa joget tu kurang.. Tapi ok la kan.. Macam Sheeda pula, dapat lagu terkini kot.. Means lagu zaman sekarang.. Tapi dah lupa juri komen apa.. Yang paling menggerukan ialah Zul Handy Black! Dapat lagu Ku Menunggu dari Rossa.. Seriusnya memang nampak malu dia nyanyi.. Mungkin dia perlukan susunan muzik yang sesuai baru la OK.. Tapi memang kalau ada satu penyingkiran, dialah mangsanya..

Then.. Akhirnya, Nabil Ahmad dan Jihan Muse mengumumkan yang malam semalam ada dua penyingkiran.. Mereka yang tersingkir ialah Zul Handy Black dan Ezlynn.. Sorry to Ezlynn sebab dalam persembahan yang lepas tu mamcam kurang sikit sebab kalau Eraz sendiri, terganggu dengan sebutan dia.. Sama macam Zul Handy Black.. Last week memang permulaan dah ke laut, minggu ni dapat pula lagi Rossa kan.. Mungkin tak de rezeki mereka dan dua-dua tersingkir.. Ok! For the next, tema ialah berdua lebih baik.. Maksudnya akan dapat lagu duet dan penyanyi undangan lah.. Cool..

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.