Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 13 November 2015

Bila Papa Layan Je Zara Faleesya ..

Assalamualaikum w.b.t.. Sejak Zara Faleesya dah besar ni.. Macam-macam benda baru dia belajar.. Kadang-kadang, setiap masa dan ketika, akan ada perkara yang first time dia lakukan depan Mama dan Papa ni.. Tapi alhamdulillah, setakat ni semua perbuatan tu baik-baik belaka.. Yang pasti, perkara dan perbuatan yang dia buat tu atas dasar dia belajar dan tengok-tengok di nursery dan dalam TV.. Apa yang contoh dalam TV?

Terbaru ialah iklan Qu Puteh.. Zara dah pandai nak buat aksi macam Dato' Seri Vida.. Qu Puteh Qu Puteh, barula puteh.. Adoi.. Siap suruh Papa dan Mama undo balik iklan tu.. Nasib baik ada PVR kan.. Lepas sekali buat ok lagi, tapi bila seterusnya, dia dah malu sebab tahu Papa Mama tengok dia buat.. Inilah budak-budak.. Memang cepat belajar dengan apa yang dia tengok..

Baru ni pula tiba-tiba dia atur kerusi.. Sebab ada dua kerusi kecik, so dua je la dia atur.. Tak pasal-pasal sebab Adam masih kecik, Papa la jadi mangsa dia.. Tiba-tiba je Zara suruh Papa duduk di kerusi kedua.. Dia nak main keretapi rupanya?? Adoi.. Mesti dia main dengan kawan-kawan di nursery ni.. Bila tengok perkembangan anak ni, memang happy giler.. Alhamdulillah dan insyaallah, dari masa ke semasa, Papa dan Mama akan didik dengan baik..


Kalau nak makan, memang kami belikan satu meja kecik di SSF.. Memang sesuai untuk kanak-kanak la.. Ada la spare kerusi satu dua untuk dia duduk.. Ok, feedback yang diterima, Zara memang duduk dan makan guna meja tu.. Tapi sejak kebelakangan ni, dia ajak Papa duduk atas kerusi kecik dan makan atas meja tu.. Boleh bayangkan? Haha.. Dah la Papa dia tinggi 170 Cm ++, kepala lutut lebih tinggi dari meja kot.. Haha. Layan je la..

Banyak benda yang dia cepat belajar.. Baru ni dia tengok Eraz letak tuala atas kerusi sebab nak sidai kat luar, hujan, so letak la sekejap di kerusi untuk keringkan sikit.. Alih-alih lepas tu, dia letak juga tuala kecik dia di kerusi kecik dia.. Kan.. Itu salah satu perkara yang tidak diajar secara formal, tapi dia belajar dengan sendiri.. Hehe.. Harap sikap letak tuala ni tak berterusan la.. Papa pun tak boleh la buat lagi.. Hehe..

Ada lagi benda baru yang Zara buat.. Tapi tak mampu nak cerita semua.. Maybe next time.. :) BTW, nak jemput korang join [GIVEAWAY] HI-5 HOUSE OF DREAMS IN CONCERT, KUALA LUMPUR 2015.. Serius untung sebab bukan senang nak dapatkan tiket VIP.. So jom ramai-ramai join.. Boleh tengok syarat kelayakan yang senang di entri INI.. Good Luck.. 


No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.