Kelab Blogger Ben Ashaari

Friday, 20 November 2015

Meja Berselerak Lebih Kreatif

Assalamualaikum w.b.t.. Meja Berselerak Lebih Kreatif.. Menarikkan kenyataan ni.. Sebabnya salah seorang meja yang banyak benda berselerak ialah Eraz.. Ini hal kat office la.. Masa mula-mula datang kerja, memang cool je meja.. Tapi bila dah mula kerja, memang banyak la file dan kertas di atas meja.. Tapi bila nak balik, mula la kemas sikit-sikit kasi kemas sikit.. Tapi kalau nak tengok yang betul-betul kemas, meamang kena tunggu Audit datang la.. Kenapa boleh berselerak? Sebabnya ...

Dalam kerja di tempat sekarang ni, memang sangat multi-tasking dan multi-skill.. So dalam satu masa, kadang-kadang tu kena handle dua tiga kerja.. Mana yang didahulukan ialah kategorikan mereka mana yang lebih urgent dan important.. Kalau tidak, memang pening la.. Ada ketika memang sakit kepala.. Tapi disebabkan dah kerja di sini lebih 8 tahun dan nak masuk 9 tahun, dah kalis dah.. Lagi satu kenapa berselerak adalah kerana ...

Adalah kerana sistem filing.. Seriusnya memang tak sempat nak terus file semua dokumen on the spot.. Memang dokumen tu akan masuk ke tray terlebih dahulu sebelum ianya masuk ke file yang berkenaan.. Tapi alhamdulillah setakat ini, kalau memerlukan sesuatu dokumen, tak de la sampai tak jumpa berjam-jam.. Sebab sendiri letak, mesti la sendiri ingat kan.. Then ..


Bila ternampak satu gambar yang viral iaitu Meja Berselerak Lebih Kreatif, eh! Macam aku la pulak.. Hehe.. Memang dah dilatih dari awal kerja yang mana perlu menjadi seorang yang multi semua.. Sebab itu la kot cuti tahunan memang tak pernah habis.. Burn macam tu je.. Unrecorded Leave pun sama.. Sabar je la.. Ramai yang tanya, dah dapat MBA ni, tak nak 'gerak' ke tempat lain ke?

Insyaallah, kalau ada rezeki di tempat baru dan mungkin peluang baru, why not kan.. Tapi kalau masih lagi kekal di sini buat masa sekarang.. Tengok peluang dan rezeki macamana.. 

1 comment:

  1. haha.... ye ke fakta ni.... meja akak mmg berserak. nak tunjuk pun malu....

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.