Friday 6 November 2015

Bila Papa Uruskan Anak & Sikatkan Rambut Zara

Assalamualaikum w.b.t.. Disebabkan dah biasa jaga anak sorang-sorang dari kecil masa Eraz cuti dan wife kerja, so mandikan anak, pakaikan baju, sikatkan rambut, memang dah jadi perkara biasa.. Kadang-kadang hari kerja pun sama.. Selalu Zara suka dan selalu pilih nak mandi dengan Mama sebabnya kalau dengan Papa, mandi tak lama.. Tak sempat dia nak main air.. Tapi kalau dengan Mama, mandinya lama.. Boleh la Zara main air puas-puasa.. 

Tapi lepas pada mandi, Zara tak kisah sape nak siapkan dia.. Selalunya Eraz akan ambil part tu sebab tak nak membazir masa untuk ke office.. So bila lepas mandi, wife boleh siapkan diri dia dan anak-anak, Eraz boleh handle.. Tiada paksaan tapi rasa tanggungjawab juga membantu untuk ringkaskan masa untuk pergi awal ke office.. Sebab sebelum ke office, kena hantar anak-anak ke nursery dulu..


Alhamdulillah, banyak ketika Zara or Adam tak banyak perangai semasa nak pakaikan baju.. Sekarang Zara dah pandai pakai baju sendiri.. Tapi tak pandai lagi nak sikat rambut betul-betul.. So Papa ni yang jaga dia dari baby, memang dah biasa la.. Tapi tak banyak style la.. Hehe.. Janji kemas kan.. Kalau nak kasi cantik lagi, kena Mama dia la.. Kadang-kadang, ada time Zara terlebih nak main, memang kejar mengejar jugak la.. 

Sama juga dengan pakai pampers.. Ada ketika dia nak main lebih, memang dia sengaja buat itu ini.. Kadang-kadang kejar tapi ada ketika masa penat, buat-buat merajuk tak nak pakaikan, Zara la yang mengalah.. Haha.. Inilah pengalaman berharga yang akan dikenang sampai la ke hari tua.. Alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk merasai pengalaman ini..

1 comment:

  1. Haha..bese lar budak2. Suka main air. Sebab dalam perut da biase duduk lam air ketuban. ><
    Sweet ape kaum ayah jage anak.

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.