Monday 9 November 2015

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4 | Assalamualaikum w.b.t.. Nampaknya Sheeda tersingkir minggu lepas nyanyi lagu Tiada Lagi bersama Aweera pada Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4 ini.. Dalam ramai-ramai peserta, sememangnya Sheeda nampak paling mencuba minggu ini dan dibantu baik dari Aweera.. Selain dari itu, Ezad Lazim juga mendapat sedikit kritikan dari Dato' Ramli MS semasa menyampaikan lagu Disebalik Rahsia Cinta bersama Adira..

Konsert Gegar Vaganza 2015 Minggu Ke 4

Selain itu, Nassier Wahab pula diberikan amaran supaya lebih mencuba minggu depan kerana nyanyian sangat konsisten tetapi bimbang akan mendapat markah yang kurang kerana penyanyi-penyanyi lain mencuba lebih dari biasa.. Nassier Wahab menyanyi lagu Jangan Ada Dusta Antara Kita bersama Rohana Jalil.. 

Yang pasti, dua penyanyi yang mendapat pujian dari juri sememangnya mendapat dua tempat teratas iaitu Farahdhiya yang menyanyi lagu Aku Dan Dirimu bersama Aliff Satar serta Acong yang menyanyi lagu Baldu Biru bersama Misha Omar.. Nampaknya disebabkan mendapat sambutan yang sangat tinggi, pihak produksi telah menambah minggu pertandingan daripada 8 minggu ke minggu yang akan diberitahu kelak.. Makin sengit la saingan..

2 comments:

  1. tgk acong ngan misha.... perghhhh mantapppp....

    ReplyDelete
  2. ya.. sedap betul achong dengan misha.. gandingan mantap..

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.